Kejohanan-Kejohanan Antarabangsa Ini Pernah Menggunakan Format Penyertaan 24 Pasukan

24

Piala Asia dahulunya menggunakan format 16 pasukan. Mulai edisi kali ini, AFC mengambil keputusan menggunakan format 24 pasukan.

Format 24 pasukan ini menyaksikan 6 kumpulan diwujudkan dengan 4 pasukan bagi setiap kumpulan. Cuma penentuan pasukan ke pusingan kalah mati sahaja terdapat perbezaan.

Berikut imbasan penggunaan format 24 pasukan yang digunakan dalam kejohanan antarabangsa.

PARIS, FRANCE – JULY 10: Cristiano Ronaldo of Portugal (c) lifts the Henri Delaunay trophy after his side win 1-0 against France during the UEFA EURO 2016 Final match between Portugal and France at Stade de France on July 10, 2016 in Paris, France. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Piala Dunia 1982

FIFA pernah menggunakan format 24 pasukan ini mulai Piala Dunia 1982 di Sepanyol. Namun begitu, format 1982 agak berlainan dan satu-satunya digunapakai pada kejohanan terkemuka itu.

24 pasukan itu diasingkan kepada 6 kumpulan dan disertai 4 pasukan. Penganjur melabelkan kumpulan tersebut dengan menggunakan nombor.

Juara dan naib juara kumpulan itu akan mara pula ke pusingan kumpulan yang kedua. 12 pasukan itu pula diasingkan kepada 4 kumpulan dan dianggotai 3 pasukan. Bagi mengelakkan kekeliruan, ia telah dilabelkan dengan menggunakan abjad.

Pemenang setiap kumpulan pula akan bermain pada perlawanan separuh akhir.

Piala Dunia 1986

Argentina memenangi Piala Dunia 1986. Sumber: FIFA.

FIFA memansuhkan format yang digunakan pada 1982 itu. Lantas mereka memperkenalkan format yang dilihat lebih kompetitif bagi kejohanan di Mexico itu.

Juara dan naib juara setiap pasukan akan mara ke pusingan 16 terbaik. 4 pasukan tempat ketiga terbaik mengikut statistik (seperti kutipan mata, defisit gol, gol dijaringkan) akan turut ke pusingan 16 terbaik.

Format ini kekal digunakan pada Piala Dunia 1990 dan 1994.

Nota penulis: Format yang disebutkan selepas ini merupakan format standard yakni juara dan naib juara pasukan akan mara ke 16 terbaik. Mereka diiringi dengan 4 pasukan tempat ketiga terbaik untuk pusingan 16 itu juga.

Kejohanan FIFA lain

FIFA memutuskan untuk menggunakan format 24 pasukan dalam Piala Dunia Wanita mulai edisi 2015 di Kanada. Ia dijangka akan digunakan sekali lagi bagi Piala Dunia 2019 di Perancis.

Piala Dunia Bawah-20 edisi 1997 menyaksikan pertama kali FIFA memakai format 24 pasukan. Pada ketika itu, Malaysia diberi penghormatan sebagai negara tuan rumah. Kejohanan dwi-tahunan ini masih mengekalkan format ini sehingga edisi 2019 yang dijadualkan dianjurkan oleh Poland.

Piala Dunia Bawah-17 juga menerima tempias peraturan 24 pasukan ini. Ia mula digunakan pada kejohanan 2007 di Korea Selatan. Kejohanan tahun ini juga mengekalkan format ini di mana Peru menjadi hos.

Pertandingan konfederasi

Kejohanan Bola Sepak Eropah atau mesra dipanggil EURO mula mengaplikasikan format ini sewaktu Perancis menjadi hos edisi 2016. Pada ketika itu, Portugal menjadi juara buat pertama kali dalam sejarah.

Piala Negara-Negara Afrika atau AFCON dijadualkan turut menggunakan format sebegini pada tahun ini. Sebelum ini, mereka mempunyai 16 slot sahaja.

AFC juga telah menetapkan Piala Asia dilangsungkan dengan 24 pasukan.

Kritikan

Joachim Loew, jurulatih skuad Jerman. Sumber: SkySports.

Format 24 pasukan ini pernah mengundang kritikan ramai. Sewaktu EURO 2016 lalu, Joachim Loew mengkritik format ini.

Dalam temuramah yang dimuatkan di Sky Sports News, beliau menyatakan 24 pasukan agak terlalu banyak. Malah kualiti permainan dalam kejohanan itu dipercayai merosot sedikit.

UEFA mempertahankan tindakan mengaplikasikan penggunaan 24 pasukan itu.

Setiap tindakan badan pentadbir bola sepak untuk sesebuah pertandingan ada baik dan buruknya. Sekurangnya mereka berusaha untuk kelangsungan sukan ini.

Apa kata anda? Adakah format 24 pasukan ini bagus atau sebaliknya? Sama ada dari sudut mutu permainan di dalam padang atau di luar padang? Luahkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN