Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp memuji aksi kelas dunia yang dipamerkan Mohamed Salah dalam membantu Liverpool meraih kemenangan 4-3 keatas Crystal Palace, malam tadi.
Pada perlawanan tersebut, Salah turut berjaya menjaringkan dua gol bagi menjadikan jumlah keseluruhan 16 gol selepas mengharungi 23 perlawanan.
Salah berjaya menyamakan kedudukan seminit selepas aksi babak kedua bersambung bagi memadamkan kelebihan yang dicipta Andros Townsend pada minit ke-34.
Beliau kemudiannya menjadikan kedudukan 3-2 di minit ke-75.
”Dia merupakan pemain berkelas dunia,” jelas Klopp yang memuji pemain kelahiran Mesir itu.
”Ia bekerja dengan sangat baik sejak membawanya dari Roma, ia sememangnya merupakan situasi menang-menang.”
”Dia mendapat banyak faedah dari cara bermainnya dan keinginan untuk menghasilkan jaringan serta berada di posisi yang tepat adalah satu kemahiran yang jarang didapati, kerana itulah semua orang mencari pemain yang sedemikian rupa. Ia sangat hebat.”
Salah tidak berdepan masalah untuk melakukan sesuatu yang luar biasa pada kehadiran semula beliau di England selepas muncul penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris 2017/18 bagi memecah dominasi Harry Kane.
Kecemerlangan tersebut diteruskan pada musim ini dengan 16 jaringan yang terhasil bagi menjadikannya penjaring terbanyak buat ketika ini. Berkelebihan dua jaringan meninggalkan Pierre-Emerick Aubmeyang di tempat kedua.
Kemenangan yang diraih di Anfield itu terus mengukuhkan kedudukan Liverpool bagi mengumpul 60 mata. Manchester City di tempat kedua masih kekurangan satu perlawanan dan akan bertemu Huddersfield Town malam ini.