Pertahanan Chelsea, Gary Cahill kini dikaitkan bakal berhijrah ke Fulham selepas beliau kurang mendapat peluang beraksi di bawah kendalian Maurizio Sarri.
Spekulasi itu nyata disambut dengan baik oleh pengurus pasukan, Claudio Ranieri dan menyifatkan ia merupakan sesuatu yang hebat sekiranya perpindahan tersebut menjadi kenyataan.
Fulham ketika ini menghuni tangga kedua tercorot serta menjadi pasukan yang paling banyak dibolosi (49 gol) selepas mengharungi 22 perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Ranieri juga amat mengalu-alukan kehadiran pertahanan berusia 33 tahun yang hanya beraksi pada tujuh perlawanan buat Chelsea musim ini.
”Gary (Cahill) merupakan pemain yang sangat penting dan bagi kami ia menjadi sesuatu yang hebat.”
”Saya tidak tahu sekiranya dia mahu datang kesini dan berjuang bersama kami.”
Perpindahan ini mungkin mampu untuk direalisasikan kerana Cahill bukanlah pilihan utama Maurizio Sarri untuk diturunkan dalam satu-satu perlawanan.
Sarri kelihatan lebih gemar meletakkan David Luiz dan Antonio Rudiger di jentera pertahanan tengah bagi bergandingan bersama Cesar Azpilicueta dan Marcos Alonso di bek sisi.