FELDA United Ikat Penyerang Jepun Daripada Kelab J-League

Juara Liga Premier 2018, FELDA United dijangka akan memberikan saingan sengit dalam Liga Super musim ini apabila menandatangani 4 pemain import yang berkualiti dari Jepun, Bahrain dan Brazil.

Salah seorang daripada pemain import tersebut ialah bekas rakan gandingan pemain terkemuka dunia, Fernando Torres dalam kelab Sagan Tosu yang bersaing di liga divisyen 1 Jepun iaitu Kei Ikeda.

Ini pengalaman pertama beliau beraksi dalam Liga Malaysia selepas lapan tahun bersama kelab Sagan Tosu dimana beliau telah menjaringkan 45 gol dalam 278 penampilan.

Pengalamannya beraksi bersama Fernando Torres di kelab itu bakal menjadi aset berharga buat skuad The Fighters merobek gawang lawan musim ini.

Kei Ikeda beraksi dalam suku akhir Emperor’s Cup menentang Urawa Red Diamonds di Stadium Kumagaya Athletic tahun lepas. (Photo by Masashi Hara/Getty Images)

Meskipun sedar tahap Liga Malaysia dan Jepun jauh berbeza, namun beliau berkata dalam Berita Harian percaya saingan liga tempatan memiliki kualiti tersendiri.

“Saya akui ia bukan satu tugas mudah. Namun, sebagai pemain, saya anggap ia sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi.

“Saya bertekad untuk memberikan aksi terbaik pada setiap perlawanan dan berharap rakan sepasukan dapat membantu,” katanya.

Beliau juga mengakui teruja dan tidak sabar merasai pengalaman beraksi di harapan ribuan penyokong fanatik tempatan pada musim ini.

“FUFC adalah satu nama besar dan mempunyai sejarah yang cukup hebat pada saingan Liga M, terutamanya selepas muncul juara Liga Perdana musim lalu selain turut beraksi di Piala AFC pada 2016.

“Malah, pasukan ini juga pernah muncul naib juara Liga Super 2016. Saya tidak sabar untuk membantu pasukan kembali menjadi pasukan digeruni,” katanya.

Pemain naturalisasi skuad kebangsaan Bahrain turut memperkuatkan FELDA United

Selain Kei Ikeda, FELDA United turut mengumumkan kemasukan pemain naturalisasi Bahrain, Jaycee Jhon Okwunwanne bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan itu.

Penyerang kelahiran Nigeria itu mempunyai 49 kaps dengan skuad kebangsaan Bahrain dan menjaringkan 14 gol di peringkat antarabangsa. Beliau juga pernah menjaringkan gol ketika menentang Malaysia dalam kelayakan Piala Dunia 2010.

Skuad The Fighters juga mengekalkan khidmat pemain import musim lalu, Thiago Junio De Aquino selain memperkenalkan pemain tengah baharu dari Brazil, Jocinei Schad.

Barisan pemain import baharu skuad FELDA United musim 2019. FOTO: FUFC

Pengendali Felda United, Nizam Jamil berkata, pasukannya turut dibarisi dengan pemain tempatan dalam kala­ngan generasi FELDA yang pernah beraksi pada Liga FAM dan Piala Presiden.

“Skuad ini saya anggap seimbang. Disebabkan liga ini panjang masanya, ada pemain luar Felda yang berpengalaman turut diperlukan.

“Ada KPI (indeks prestasi utama) diletakkan pihak pengurusan buat saya, tetapi saya tidak boleh kongsikannya, itu antara saya dan mereka.

“Tidak seperti pasukan-pasukan lain yang meletakkan sasaran satu piala, saya mahu membina pasukan menjadi yang lebih baik pada masa akan datang. Kami akan cuba beri tentangan kuat dan hadapi satu persatu perlawanan dengan meraih keputusan,” jelasnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN