Nokman: “KLFA Sedia Bawa Kes Syazwan Andik Ke CAS”

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) hari ini menyatakan mereka mahu mengikut langkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) – mengheret kes perpindahan pemain – Syazwan Andik – ke CAS ataupun Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Menurut KLFA mereka terpanggil untuk menggunakan saluran yang sama selepas mendengar KFA dalam proses mengheret kes Akhyar Rashid ke CAS. Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa, memberitahu Berita Harian bahawa pihak beliau kini dalam proses akhir untuk menfailkan aduan rasmi kepada Status FAM.

Menurut KLFA, Syazwan Andik tidak menepati janji beliau dalam proses lanjutan kontrak dengan KLFA. Jika KLFA gagal dalam aduan tersebut, mereka akan membawa kes itu ke CAS.

Nokman berkata: “Kami juga akan buat perkara yang sama [heret kes ke CAS]. Ini kerana kami ada alasan tersendiri, kenapa Syazwan adalah hak kami. Namun jika JDT menyatakan bahawa Syazwan hak mereka, itu terpulang kepada mereka.”

Beliau menegaskan lagi, mereka akan menghantar surat mengandungi butiran lengkap tentang isu itu ke FAM. Ini kerana menurut Nokman, Syazwan sudah memberikan janji kepada mereka bahawa beliau akan kekal.

MFL

KLFA sebelum ini menyatakan mana-mana pasukan yang mahukan Syazwan Andik perlu membayar RM1.6 juta. Namun begitu, oleh kerana tunggakan gaji 2 bulan, Syazwan Andik menggunakan klausa khas untuk menamatkan kontrak beliau bersama KLFA.

Anda boleh baca ulasan kami di sini:

Itu yang membuatkan KLFA berputih mata dan Syazwan Andik menjadi ejen bebas. Selepas itu Syazwan Andik membuat keputusan untuk kembali menyarung jersi JDT.

Nokman mengakui akan kelewatan pembayaran itu, namun beliau tetap menuntut janji Syazwan Andik yang mahu kekal di KLFA untuk musim 2019.

Sebelum ini KLFA menyatakan mereka sudah mencapai persetujuan lisan dengan Syazwan Andik bahawa pemain itu akan komited dengan KLFA.

Nama Syazwan Andik meningkat naik selepas aksi konsisten bersama KLFA musim lalu. Membuatkan beliau menjadi bek kiri utama skuad Piala AFF 2018 – Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN