Piala Asia 2019: Vietnam Hidupkan Peluang, Raih 3 Mata Penting

Vietnam

Vietnam berjaya menewaskan Yaman 2-0 dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan, Piala Asia 2019 untuk menyalakan semula peluang melangkah ke pusingan 16 terbaik.

Kini, mereka hanya perlu menanti sehingga lewat malam Khamis untuk mengetahui nasib mereka samaada Naga Emas adalah antara empat pasukan kedudukan ketiga terbaik.

Sebelum perlawanan, ketua jurulatih, Park Hang-seo awal-awal telah melaungkan keyakinan yang mereka akan merekodkan kemenangan menentang Yaman.

Gol sepakan percuma menarik dari Nguyen Quang Hai dan gol sepakan penalti yang disempurnakan oleh kapten, Que Ngoc Hai melengkapkan malam indah Vietnam.

Yaman yang turun dengan lima benteng telah memaksa anak didik Park bekerja keras menjana serangan untuk memecah kubu lawan sejak dari awal babak pertama.

Pada minit ke-17, Yaman terlebih dahulu hampir mengejutkan Vietnam hasil kesilapan penjaga gol, Dang Van Lam yang meninggalkan posisinya ketika sepakan percuma.

Ketika babak pertama hampir ditutup dengan kedudukan tanpa gol, Quang Hai telah menjelmakan gol sepakan percuma menarik untuk menceriakan penyokong mereka.

Terkenal dengan kapakaran melakukan gol daripada sepakan percuma, Quang Hai meledak gol tersebut dari jarak 30 meter menewaskan Salem Al-Harsh di gawang.

Foto: AFC Asian Cup 2019

Perlawanan terus dikuasai Vietnam dalam usaha mereka untuk meletakkan diri dalam kedudukan terbaik di antara semua pasukan kedudukan ketiga.

Pemburuan gol besar adalah misi utama Park dan Naga Emas namun masalah di bahagian attacking third yang gagal memecah kubu lawan menjadi musuh utama.

Namun akhirnya, berpunca daripada Abdulaziz Al-Gumaei menjatuhkan Phan Van Duc di dalam kotak penalti telah menghadiahkan Vietnam sepakan penalti di minit ke-65.

Kapten, Ngoc Hai telah tampil untuk mengambil sepakan tersebut dan berjaya menyempurnakannya selepas memperdaya Al-Harsh untuk gol kedua buat mereka.

Dijangkakan Vietnam memiliki peluang yang lebih untuk layak ke pusingan seterusnya selepas hampir 12 tahun tidak beraksi di kejohanan bola sepak terbesar di Asia ini.

Sementara Yaman yang kali pertama beraksi di pentas Piala Asia akhirnya tunduk dan dihantar pulang awal tanpa menjaringkan sebarang gol dan melepaskan 10 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN