Mourinho Terima Pampasan £18 Juta Dari Man Utd Beserta ‘Klausa Tutup Mulut’

Jose Mourinho tidak dibenarkan mengungkit atau meluahkan rasa tidak puas hati berkenaan pemecatan dirinya sebagai pengurus – berikutan klausa yang terkandung didalam perjanjian bersama majikan terdahulu, Manchester United – setelah menerima bayaran pampasan bernilai £18 Juta.

Bekas pengurus Manchester United itu akan kembali sebagai salah seorang penganalisis dan pundit bersama beiN Sports untuk perlawanan Piala Asia dan juga Liga Perdana Inggeris pada hujung minggu ini. Untuk itu beliau perlu berhati-hati dalam berkata-kata untuk mengelak dari melanggar perjanjian tersebut.

Penampilan pertama

Penampilan bersama beiN Sports sebagai penganalisis pada awal pagi nanti untuk perlawanan Piala Asia melibatkan Arab Saudi dan Qatar akan menjadi penampilan pertama pengurus dari Portugal itu secara umum sejak meninggalkan Old Trafford.

Mourinho adalah pengurus ketiga yang dipecat oleh Manchester United sejak lima tahun yang lalu – selain daripada David Moyes dan Louis van Gaal – selepas persaraan Sir Alex Ferguson.

Moyes dan Van Gaal turut menerima pampasan masing-masing dari Manchester United beserta klausa lain yang tidak didedahkan. Ia sebenernya bukan perkara baru di dalam situasi pemecatan pengurus oleh mana-mana kelab.

Mahu kembali

Mourinho juga dikatakan akan menunggu sehingga musim panas akan datang sebelum memutuskan kembali ke bidang pengurusan.

Beliau sebelum ini menolak tawaran untuk mengendalikan Benfica dan menyifatkan ‘belum tiba masanya’ untuk kembali bekerja di negara kelahirannya Portugal.

Pengendali berusia 55 tahun itu turut dikaitkan untuk kembali menyertai Real Madrid atau pu Inter Milan, selain daripada untuk mengendalikan Qatar sebagai persediaan berhadapan cabaran di Piala Dunia 2022 selaku tuan rumah.

Dalam perkembangan yang sama, Presiden La Liga, Javier Tebas turut mengalu-alukan Mourinho untuk kembali ke Sepanyol jika pengurus itu memutuskan untuk berbuat demikian.

Mourinho telah memenangi semua pertandingan domestik yang dipertandingkan di Sepanyol ketika bersama Real Madrid, sebelum pengurus tersebut kembali ke England untuk bersama Chelsea pada 2013.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN