Ini Jawapan Jordi Alba Apabila Mendengar Perbandingan Vincius Jr. Dengan Lionel Messi

Jordi Alba bercakap kepada wartawan di ‘mixed zone’. Selepas kemenangan ke atas Eibar, pemain itu menyatakan masih belum ada perkembangan terkini tentang kontrak baru beliau bersama Barcelona.

Kontra semasa Alba akan berakhir pada 2020. Alba jelas sekali menunjukkan keinginan beliau untuk terus kekal bersama Barcelona.

Beliau berkata: “Segalanya masih sama lagi [perkembangan] untuk isu lanjutan kontrak saya. Dan ketika ini, saya masih ada setahun sahaja lagi dalam kontrak bersama Barcelona.”

Alba tidak pasti sama ada Barcelona mahukan beliau kekal ataupun sebaliknya. Alba menambah: “Keputusan akhir adalah di tangan Barcelona. Namun saya kekal tenang. Mereka akan menentukan sama ada mahukan saya memperbaharui kontrak ataupun tidak.”

“Saya memang ingin kekal di sini untuk banyak tahun lagi.”

Wartawan kemudian membuatkan Jordi Alba menjadi ‘blur’ apabila menyatakan bahawa di Madrid, penyokong Real Madrid mulai membandingkan Vinicius Junior dengan Lionel Messi.

Vinicius Jr adalah pemain muda berbakat dan ditandangani Real Madrid dengan nilai €45 juta.

Wartawan tersebut bertanya: “Apa pandangan kamu, di Madrid, orang membandingkan Vinicius dengan Lionel Messi.”

Alba tidap dapat memberikan ulasan beliau dan hanya menjawab: “Selamat malam,” lalu beredar meninggalkan mixed zone di Nou Camp.

Jordi Alba dikenali dengan gaya permainan yang sangat ofensif. Beliau memiliki kepantasan larian untuk membantu serangan dari bawah ditambah dengan sedikit kreativiti.

Adakah Jordi Alba akan kekal di Barcelona untuk tempoh lebih lama? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN