Kedah Berpeluang Uji Kekuatan Dengan Buriram United

Skuad Kedah yang baru sahaja menjuarai Perisai ‘Unity Shield’ kelmarin bakal menentang juara Liga 1 Thailand, Buriram United pada siri aksi pramusim di Krabi Central Stadium, Krabi, Thailand bermula 19 Januari depan.

Aksi pertama pramusim itu merupakan perlawanan pembukaan ‘Royal Trophy From Her Highness Princess Bajrakithibaya’. Walaupun Buriram dijangka tidak akan menurunkan beberapa tonggak utama yang terlibat dengan skuad Piala Asia Thailand, mereka tetap mengambil serius terhadap perlawanan ini sebagai persiapan menghadapi musim baharu Liga Thailand.

Bagi Kedah, ini merupakan peluang keemasan untuk jurulatih mereka, Aidil Shahrin Sahak menguji barisan terbaiknya menentang lawan yang lebih berkualiti seperti Buriram United.

Menurut kenyataan rasmi di laman facebook Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Kedah juga dijadualkan menentang dua lagi pasukan dari Thailand iaitu Krabi FC pada 21 Januari dan diikuti Surat Thani FC pada 23 Januari. Semua perlawanan ini bermula pada pukul 5.00 petang.

Tiga perlawanan ini merupakan sebahagian daripada siri perlawanan pramusim Jelajah Krabi 2019 bermula 19 hingga 23 Januari. Skuad Kedah sudah pun tiba di hotel penginapan pasukan setelah mengharungi 9 jam perjalanan.

Esok mereka akan bersantai di Pulau Phi Phi dalam siri membina semangat berpasukan.

Kelmarin, mereka muncul sebagai juara ‘UNITY SHIELD’ selepas menewaskan Perak dengan jaringan 2-0 sambil disaksikan oleh 25,000 penyokong di Stadium Darul Aman.

Unity Shield adalah perlawanan yang diilhamkan oleh Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir bagi menyatu padukan hubungan dua kelab bolasepak di utara tanahair iaitu antara Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

Selain itu, 50 peratus daripada hasil jualan tiket perlawanan itu akan disumbangkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) terpilih di Kedah. Perlawanan itu juga akan berlangsung secara tahunan dengan giliran venue antara Alor Setar (2019) dan Ipoh (2020).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN