Tristan Do: Milovan Rajevac Tidak Layak Bimbing Thailand

Tristan Do

Pemain sayap Thailand, Tristan Do menyatakan dalam temubual bersama Fox Sports Asia yang kem skuad Gajah Perang kini telah bersemangat dan kembali ke landasan sebenar.

Do turut memuji Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) atas tindakan berani memecat ketua jurulatih, Milovan Rajevac ketika pasukan masih lagi bersaing di dalam Piala Asia 2019.

“Pujian buat Persatuan (FAT) atas keputusan yang telah diambil kerana mereka cukup berani untuk memecat jurulatih ketika pasukan masih bersaing dalam kejohanan ini.

“Kita tahu ia satu keputusan yang sukar. Tetapi ia adalah keputusan yang terbaik buat pasukan,” ujar pemain kelab Thai League 1, Bangkok United itu mengenai pemecatan Rajevac.

Rajevac telah dipecat daripada jawatan ketua jurulatih Thailand selepas skuadnya tumpas mengejut 1-4 kepada India dalam aksi pembukaan Piala Asia 2019 yang sedang berlangsung di UAE.

Rajevac
BANGKOK, THAILAND – DECEMBER 05: Milovan Rajevac, head coach of Thailand, in action prior to the AFF Suzuki Cup semi final second leg match between Thailand and Malaysia at Rajamangala Stadium on December 5, 2018 in Bangkok, Thailand. (Photo by Pakawich Damrongkiattisak/Getty Images)

Kedudukan Rajevac sememangnya mula tergugat selepas skuad kendalian gagal melayakkan diri ke pentas final Piala AFF Suzuki 2018, tumpas kepada Malaysia di peringkat separuh akhir.

“Jurulatih tersebut (Rajevac) tidak layak untuk Thailand. Ia adalah keputusan terbaik untuk menyingkirkannya,” tambah pemain berusia 25 tahun itu lagi dalam sesi temubual tersebut.

Do turut menjelaskan yang situasi di dalam pasukan kini telah kembali pulih selepas mereka mengharungi saat-saat sukar dan baginya, tiada lagi alasan untuk pasukan gagal.

“Pasukan telah kehilangan semangat dan keseronokkan. Kita melakukan pekerjaan yang terbaik di dunia. Kita tidak sepatutnya turun berlatih setiap hari dengan penuh tekanan.

“Dan saya rasa dia (Sirisak Yodyardthai) telah mengembalikannya semula. Dia telah mengembalikan apa yang telah hilang dan juga senyuman yang hilang daripada pasukan ini,” jelasnya lagi.

Sirisak Yodyardthai
Foto: AFC

Yodyardthai diberikan tugas untuk mengendalikan skuad Gajah Perang sejurus Rajevac dipecat dan dengan cemerlang berjaya membimbing pasukan untuk menang dalam aksi kedua.

Thailand kembali bernafas dalam saingan Kumpulan A selepas berjaya menewaskan Bahrain dengan keputusan 1-0 hasil jaringan pemain sensasi mereka, Chanatip Songkrasin.

Gajah Perang turut menghidupkan cabaran mereka dengan layak ke pusingan 16 terbaik apabila berjaya mengikat tuan rumah, UAE dengan keputusan 1-1 pada aksi lewat malam tadi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN