MFL Sahkan PKNP & Sarawak Gagal Daftarkan Senarai Wajib 20 Pemain

MFL

Malaysian Football League (MFL) mengesahkan pasukan Liga Super, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan wakil Liga Premier, Sarawak gagal mendaftarkan senarai wajib 20 pemain pada pendaftaran awal, kelmarin.

“Buat masa ini semakan yang dibuat oleh unit pertandingan untuk pasukan Liga Super hanya ada satu pasukan yang tidak melengkapkan proses pendaftaran iaitu PKNP.

“Berdasarkan semakan unit pertandingan mendapati PKNP belum mendapatkan perjanjian sementara dua pemain dari Perak.

“Jadi sekarang ini PKNP hanya daftar 18 pemain sahaja yang mana sepatutnya wajib mendaftar 20 pemain pada pendaftaran awal ini.

“Bagi Liga Premier, pasukan Sarawak hanya menghantar pendaftaran 15 pemain dan ada baki lima pemain masih belum didaftarkan.

“Kita telah membuat semakan dan buat masa ini maklumat yang diterima dari Sarawak mengatakan beberapa dokumen pemain masih tidak lengkap,” kata Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd hari ini.

Dalam perkembangan sama, MFL berharap insiden ini tidak akan berulang di masa akan datang selepas setiap pasukan yang bertanding di Liga Malaysia (Liga-M) telah diberikan butiran terperinci sebelum sepak mula.

Kegagalan PKNP dan Sarawak syarat daftar 20 pemain akan dibawa ke pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi membincangkan hukuman yang sesuai diberikan.

“Ini satu perkara yang serius kerana MFL telah memaklumkan perkara ini lebih awal dan kita bertemu dengan setiap pasukan, mengadakan taklimat dan bertemu terus tetapi malangnya perkara ini masih berlaku,” tambah Shazli.

Kesemua 24 pasukan Liga Super dan Liga Premier wajib mendaftarkan 20 pemain pada 10 Januari lalu manakala senarai lengkap 30 pemain pada 20 Februari depan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN