Adakah KFA Akhirnya Akan Berlembut Berkenaan Isu Akhyar Selepas Pertemuan Dengan MFL?

Setelah tidak menghantar sebarang wakil ke Taklimat Bola Sepak Liga Malaysia di Johor Bahru pada 3 Januari lalu, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pada hari ini menghantar wakil melalui Naib Presiden persatuan itu, Mohd Yusuri Yusof untuk berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Kevin Ramalingam.

Menurut kenyataan dari MFL, antara intipati pertemuan ialah mengenai saga perpindahan Akhyar Rashid yang diberi penjelasan terperinci oleh CEO MFL itu.

Akhyar Rashid diumumkan sebagai pemain baharu JDT beberapa hari lalu. Foto: JST.
Hasil positif

Pertemuan tersebut memakan masa sejam dan Mohd Yusuri mengsahkan kini mereka telah mendapat gambaran baru mengenai saga perpindahan tersebut.

“Pertemuan yang memakan masa satu jam menyaksikan banyak input positif hadir di antara kedua-dua pihak selepas Yusuri mendedahkan KFA telah dijelaskan peranan MFL sebagai rakan kongsi selain perlembagaan badan pentadbir liga tempatan itu.

“Bagaimanapun Yusuri tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu Akhyar sebaliknya mereka mahu mengadakan perbincangan semula dengan pihak pengurusan tertinggi KFA berhubung status bekas pemainnya,” ujar kenyataan tersebut.

Selain daripada isu Akhyar, pertemuan tersebut turut menyentuh beberapa isu lain seperti jadual perlawanan untuk musim 2020 dan 2021 yang dijangka akan lebih memudahkan setiap pasukan melakukan persiapan.

Penjelasan status ejen

Selain itu, turut disentuh di dalam pertemuan tersebut adalah mengenai ejen pemain berdaftar dan mereka yang tidak berdaftar dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga mengenai kontrak pemain.

“Di samping itu juga kita juga mendapat penjelasan tentang ejen pemain yang berdaftar dan tidak berdaftar selain kontrak pemain.

“Malah kami diberikan penjelasan cukup mendalam tentang penglibatan MFL dan penerangan berhubung Perlembagaan MFL. Alhamdulillah daripada situ kami sudah faham apa yang harus dilakukan untuk saya kongsikan segala butiran ini kepada pihak pengurusan tertinggi KFA sebaik kami pulang ke sana hari ini,” katanya ketika ditemui media.”

Akhyar
Foto: JST
Apa seterusnya isu Akhyar?

Sebelum ini KFA bertegas dengan pendirian untuk mengheret isu perebutan pemain mudanya, Akhyar dan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) ke Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas tidak berpuas hati dengan proses perpindahan pemain itu.

Adakah pertemuan ini telah berjaya merungkai segala kemelut yang berlaku dan bermakna KFA tidak akan membawa kes kepada FIFA dan CAS?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN