5 Perjanjian Perpindahan Pemain Pelik Yang Tidak Pernah Anda Fikirkan

Sebelum bermulanya musim baharu, tumpuan peminat dan penyokong bola sepak akan terarah kepada persiapan pasukan masing-masing.

Latihan pra musim dan jelajah pra musim antara yang menjadi perhatian. Tidak kurang juga jendela perpindahan pemain yang sentiasa panas dengan khabar angin dan saga perpindahan yang tiada penghujungnya.

Tetapi tahukah anda terdapat banyak perpindahan pemain yang pelik pernah berlaku di dalam dunia bola sepak di serata dunia?

Manchester United dan sepeti ais krim

Tebus kontrak itu mungkin perkara yang sinonim bagi anda. Apatah lagi selepas saga perpindahan Akhyar. Ambil sahaja nilai gaji sebulan, kemudian didarabkan dengan baki tempoh kontrak – maka itulah nilai yang perlu dibayar oleh pemain untuk bergelar ejen bebas.

Bagaimanapun tatkala peraturan belum dibukukan secara teratur sebagaimana pada hari ini, kelab gergasi seperti Manchester United pernah menebus kontrak seorang pemain yang mereka kehendaki dengan menderma sepeti penuh ais krim.

Perkara tersebut melibatkan perpindahan Hugh McLeanahan dari Stockport ke Manchester United pada 1928. Anda mungkin membayangkan perpindahan di Eropah pada ketika itu sekitar £200,000 sehingga £300,000, namun ianya tidak sedemikian.

Hugh McLeanahan

Setelah mengetahui Stockport menganjurkan jualan bazaar untuk mencari dana bagi meringankan beban kewangan, pembantu pengurus Manchester United, Louis Rocca -memiliki perniagaan ais krim di Newton Heath- menderma sepeti penuh ais krim untuk jualan di bazaar berkenaan.

Sebagai ganti, Stockport menjadikan McLenahan sebagai ejen bebas. Perjanjian sedemikian kedengaran pelik, tetapi ia bukan sah dan tidak mengikut pintu belakang.

Ian Wright dan set angkat berat

Jangan dakwa diri anda sebagai peminat Arsenal jika anda tidak mengenali nama pemain ini. Legenda The Gunners ini menjaringkan 128 gol dari 221 penampilan bersama kelab London tersebut.

Sebelum menarik perhatian Arsenal, Wright juga turut pernah beraksi bersama Crystal Palace dan tampil lebih dari 250 perlawanan di semua pertandingan untuk The Eagles.

(Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Karier bola sepak Wright sebenarnya bermula sebagai pemain amatur Greenwich Borough pada 1985 dengan gaji sebanyak £30 seminggu sahaja, sebelum bakat beliau dikesan oleh pencari bakat Crystal Palace, Peter Prentice.

Prentice yang kagum dengan kebolehan Wright mengajak pemain tersebut untuk menyertai sesi pemilihan di Selhurst Park – sebelum pemain itu ditawarkan kontrak profesional.

Sebagai ganti, sudah memadai bagi Greenwich Borough untuk menerima satu set angkat berat gym dari Crystal Palace untuk tujuan penebusan kontrak. Perjanjian ini juga pelik, tetapi ia telah dipersetujui oleh kedua-dua kelab.

Fulham bayar dengan 30 pasang seluar sukan

Sukan bola sepak sentiasa berevolusi. Daripada sekadar aktiviti riadah, hari ini bola sepak dianggap sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan tinggi dengan nilai jutaan ringgit.

Namun tahukah anda perpindahan Zat Knight dari Rushall Olympic ke Fulham pada 1999 hanya dibayar oleh kelab London itu dengan 30 pasang seluar sukan?

Fulham’s Zat Knight leaves the field holding the captains armband (Photo by Joe Giddens – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Fulham pada ketika itu dimiliki oleh jutawan Mohamed Al Fayed. 30 pasang seluar sukan itu diberikan kepada Rushall Olympic – sebuah kelab komuniti di utara Walsall, England – sebagai tanda penghargaan kerana membenarkan Knight menyertai mereka.

Knight beraksi untuk Fulham selama enam musim, dan diingati sebagai salah seorang pemain pertahanan kental di Liga Perdana Inggeris. Beliau juga memiliki dua caps antarabangsa bersama England dan menyertai Aston Villa dari Fulham dengan nilai £3.5 juta pada 2007.

Legenda Liverpool dibayar dengan set jersi

Jersi N0.10 Liverpool pernah menyaksikan beberapa nama besar di dalam dunia bola sepak berstatus legenda memakainya. Daripada era John Toshack dan Graeme Sounese, diikuti oleh Alan Hansen, dan Philippe Coutinho, kini jersi No.10 kelab Merseyside itu adalah milik Sadio Mane.

Nama lain yang pernah memakai jersi keramat No.10 Liverpool ialah John Barnes dari tahun 1987 sehingga 1997. Antara kejayaan terbesar Barnes ialah membantu Liverpool menjuarai kejuaraan Liga Inggeris sebanyak dua kali iaitu pada musim 1987/88 dan 1989/90 – kali terakhir Liverpool bergelar juara.

Sport, Football, pic: 21st February 1988, FA Cup 5th Round, Everton 0 v Liverpool 1, John Barnes, Liverpool (Photo by Bob Thomas/Getty Images)

Barnes tiba di Anfield dari Watford dengan nilai £900,000 ketika era Kenny Danglish. Sebelum itu, Barnes beraksi untuk sebuah kelab yang amatur diberi nama Sudbury Court yang beraksi di Middlesex League.

Sebagai perjanjian mendapatkan khidmat Barnes, Watford menyerahkan satu set lengkap jersi untuk kegunaan Sudbury Court. Agaknya berapa set jersikah yang boleh dibeli oleh Sudbury dengan wang berjumlah £900,000?

75kg udang untuk lengkapkan perpindahan?

Ini mungkin perjanjian perpindahan paling mengarut pernah anda dengar.

Pada musim 2002, Kenneth Kristensen beraksi dengan cemerlang untuk kelab divisyen tiga Norway, Vindbjart. Sepanjang musim, pemain penyerang itu berjaya menjaringkan 14 gol untuk pasukannya.

Secara purata setiap pasukan beraksi di dalam 26 perlawanan liga dalam divisyen yang memiliki 84 pasukan dan dibahagi kepada enam kumpulan.

Pada musim panas selepas tamat kempen liga, Kristensen bercuti di Flekkeroy – sebuah pulau di selatan Norway – dan menikmati udang dan pelbagai makanan laut lain sepanjang percutian tersebut.

Mana-mana perpindahan pemain atau penebusan kontrak pasti wajib memerlukan persetujuan kedua-dua pihak. Tetapi apa yang peliknya, Presiden Vindbjart menuntut bayaran di dalam bentuk udang segar – harus bersamaan dengan berat badan Kristensen.

“Saya tidak tahu sama ada ia adalah jenaka atau satu perkara yang serius. Mereka mahukan udang segar. Ianya tidak menjadi masalah. Kami ada banyak udang segar,” ujar Presiden Flekkeroy Rolf Guttormsen.

Ia perjanjian yang kedengaran mengarut. Namun masih kedua-dua kelab mencapai persetujuan sebelum perpindahan dilakukan.

Penutup

Anda mempunyai senarai perpindahan pemain bola sepak lain yang tidak masuk akal untuk dikongsikan?

Nyatakan di ruangan komen. Kami mahu mendengarnya daripada anda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN