Kemenangan keatas Liverpool sudah pasti amat melegakan Pep Guardiola dalam usaha The Cityzens merapatkan jurang mata dalam persaingan Liga Perdana Inggeris.
Di sebalik jaringan yang dihasilkan Sergio Aguero dan Leroy Sane, pengendali kelahiran Sepanyol itu menghamburkan kata-kata pujian terhadap pemain tengah, Bernardo Silva yang mempamerkan aksi cemerlang di Etihad Stadium itu.
Guardiola menyifatkan Bernardo Silva melakukan segala-galanya bagi membantu skuadnya memenangi perlawanan penting tersebut.
Silva, 24 tahun turut membantu dalam penghasilan jaringan pertama oleh Sergio Aguero menerusi hantaran lintang dari sebelah kanan pintu gol Liverpool.
Menurut sumber Goal berdasarkan data yang dikeluarkan OptaJoe, Silva telah berlari sejauh 13.7 kilometer dalam sepanjang 90 minit aksi beliau pagi tadi.
13.7 – Bernardo Silva covered 13.7 kilometres (8.5 miles) against Liverpool, the most by any player in a Premier League game this season. Endurance. pic.twitter.com/QTZewXE1mn
— OptaJoe (@OptaJoe) January 3, 2019
Satu jarak yang dikatakan tertinggi berbanding mana-mana pemain dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.
”Bernardo Silva melakukan segala-galanya.”
”Dia merupakan pemain paling kecil tetapi dia menunjukkan kepada kami bahawa anda tidak perlu tinggi dan lebih fizikal untuk bermain bola sepak,” jelas Guardiola memuji anak buahnya itu.
”Dia amat luar biasa. Saya tidak pernah melihat persembahan seperti itu ketika ini. Ia begitu bersih dan pandai. Berhadapan dengan (Virgil) Van Dijk, dia kelihatan begitu selesa.”
Selepas mengharungi 21 perlawanan, Bernardo Silva berjaya menjaringkan lima gol dan mencipta enam bantuan jaringan.