Ivan Perisic: Saya Hampir Sertai Manchester United Kerana Jose Mourinho

Perisic

Pemain Inter Milan, Ivan Perisic mendedahkan bahawa beliau hampir menyertai Manchester United pada musim panas lalu.

Beliau juga mendedahkan minatnya terhadap Jose Mourinho mendorong dirinya memilih untuk sertai kelab tersebut.

Sebelum ini, pemain Croatia itu sering dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United semasa kelab itu dikendalikan oleh Mourinho.

Menurut sumber yang pernah didedahkan Euro Sport pada 28 Mei 2017, Nerazzurri telah bersetuju meletakkan harga sebanyak 50 juta euro untuk Man.United mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai perpindahan Perisic berakhir selepas rundingan yang dilakukan kedua-dua pihak menemui jalan buntu.

Janji Spalletti

Bercakap menerusi Goal, Perisic mengakui bahawa dirinya hampir untuk ke Old Trafford, namun disaat-saat akhir dirinya membuat keputusan untuk kekal selepas membuat pertemuan empat mata dengan pengurus pasukan, Luciano Spalletti.

Benar, tawaran dari Manchester United telah tiba di meja, dan saya nyaris meninggalkan Inter,” jelas Perisic.

“Tetapi saya memilih untuk bertahan dan, seperti yang saya katakan, Luciano Spalletti berjanji untuk memainkan saya sebagai berperanan besar dalam pasukan.

“Dalam bola sepak, perkara kecil dalam situasi seperti ini adalah kunci segala keputusan.”

Kerana Mourinho

Pemain berusia 29 tahun itu turut berkata, faktor Mourinho sebagai pengurus ketika itu telah mendorong mintanya untuk menyertai Man.United.

Bagi Perisic, beliau amat kagum dengan usaha keras yang sering dilakukan Mourinho selama ini.

“Kekaguman dengan sifat pengurus seperti Jose Mourinho adalah sesuatu yang membuat saya tergoda. Itu adalah hasil kerja keras dan prestasi yang bagus,” tambahnya.

“Saat anda dipuji oleh orang seperti Mourinho – pengurus kelab besar seperti Manchester United – sukar untuk menolak tawaran seperti itu.”

Pengurus Portugal yang baru sahaja dipecat daripada mengendalikan Manchester United itu pernah memuji aksi cemerlang Perisic bersama Croatia sepanjang kempen Piala Dunia 2018 dengan menyifatkan pemain itu adalah seorang pemain sayap yang cukup sempurna.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN