Adi Said Pemain Pertama Dari Brunei Beraksi Di Liga Malaysia

Pasukan Liga Malaysia agak jarang mengambil pemain import daripada negara yang mempunyai kedudukan ranking FIFA yang sangat rendah seperti Brunei. Namun, UiTM FC bukan salah satu daripada pasukan itu.

Penyerang skuad kebangsaan Brunei, Adi Said minggu lalu sah menyertai pasukan universiti tempatan tersebut bagi mengharungi Liga Premier musim 2019 sekaligus mencipta sejarah sebagai pemain pertama dari Brunei yang beraksi dalam Liga Malaysia.

Pemain yang berusia 29 tahun ini mempunyai 19 kaps dengan skuad kebangsaan Brunei dan telah menjaringkan 7 gol di peringkat antarabangsa. Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Singapura musim lalu dengan pasukan DPMM Brunei.

Bersama pasukan DPMM FC, beliau melalui musim yang cemerlang dalam saingan Liga Singapura 2018 apabila menjaringkan 11 gol sekaligus membantu kelab itu menduduki tempat ketiga dalam liga.

Beliau juga pernah membantu DPPM Brunei menjuarai Liga Singapura pada tahun 2015 dan Piala Liga Singapura pada tahun 2012 dan 2014. Malah, musim lepas beliau dipilih sebagai pemain terbaik bulanan liga tersebut.

Aksi Adi Said ketika mewakili DPPM Brunei dalam saingan Liga Singapura musim lepas.

Menurut sumber daripada Stadium Astro, kehadirannya di Malaysia bermula apabila beliau mendapat jemputan untuk sesi ujian bersama skuad kendalian Ismail Zakaria itu.

Adi bagaimanapun enggan melepaskan peluang itu untuk mengembangkan karier bola sepaknya dan ternyata tuah menyebelahinya apabila berjaya memikat barisan jurulatih UiTM FC sehingga terpilih menyertai pasukan itu.

Ia bermakna impiannya untuk beraksi di luar Brunei akhirnya tercapai dan berjanji akan memberikan yang terbaik dalam saingan Liga Malaysia.

“Saya memiliki sasaran untuk beraksi di luar negara dan bersama UiTM akan memberikan pengalaman baru buat saya dengan saingan bola sepak di Malaysia lebih baik,” katanya seperti dipetik dalam Stadium Astro.

Adi Said sudah menjalani latihan skuad UiTM FC sejak minggu lepas. FOTO: UiTM FC

Beliau juga berharap kehadirannya dalam Liga Malaysia dalam menarik lebih ramai lagi pemain dari negara kelahirannya beraksi di luar negara. 

“Saya mahu bermain di Malaysia untuk membuka mata setiap pemain Brunei untuk mencuba meraih pengalaman beraksi di sini,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN