Raheem Sterling Yakin Manchester City Mampu Tumbangkan Liverpool

Sterling

Pemain lincah Manchester City, Raheem Sterling yakin bahawa The Cityzens mampu untuk menumbangkan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool pada aksi pertengahan minggu ini.

Sekiranya kemenangan yang diimpikan itu berjaya direalisasikan, kelebihan dimiliki Liverpool akan mengecil kepada empat mata.

”Sekiranya kami boleh beraksi dengan cara yang kami tahu kami mampu beraksi dengan baik, kami boleh menewaskan sesiapa sahaja.”

”Ia akan menjadi satu perlawanan yang hebat dan kami semua sangat menantikan perlawanan ini.”

Walaupun mengalami tiga kekalahan pada lima perlawanan terakhir saingan liga, Sterling percaya bahawa pasukannya mampu untuk menundukkan Liverpool di laman sendiri dan melihat kemenangan bertemu Southampton sangat penting buat mereka.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 15: Raheem Sterling of Manchester City scores his team’s third goal past Jordan Pickford of Everton during the Premier League match between Manchester City and Everton FC at Etihad Stadium on December 15, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

”Ia (kemenangan) merupakan satu langkah yang besar dan itulah hanya apa yang kami perlukan.”

”Kami mengalami dua perlawanan yang teruk dan kami tahu bahawa kami memerlukan kemenangan untuk memberikan peluang dan kami berjaya melakukannya.”

”Keputusan pada dua perlawanan terakhir kami sangat sukar untuk diterima dan saya merasakan kami kembali bangkit dengan cemerlang.”

Selepas rekod tanpa kalah Manchester City ditamatkan Chelsea di Stamford Bridge pada 9 Disember lalu, Crystal Palace dan Leicester City pula menambah duka buat juara bertahan ini sehingga mereka ketinggalan tujuh mata dibelakang bekas kelab diwakili Raheem Sterling itu.

Setakat ini, Sterling dan Sergio Aguero merupakan penjaring terbanyak buat Manchester City setelah berjaya menjaringkan sembilan gol selepas 20 perlawanan EPL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN