FELDA United Beri Jaminan Tunggakan Gaji Akan Diselesaikan Dalam Masa Terdekat

Baru-baru ini juara Liga Premier 2018, dikhabarkan gagal melunaskan tunggakan gaji pemain bermula September hingga November lalu dan mereka turut gagal mencarum bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) selama lima bulan.

Kegagalan itu turut mengundangan kecaman daripada bekas jurulatih, B. Satinanthan yang mahu melaporkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Presiden kelab FELDA United, Datuk Ab Ghani Mohd Ali berkata dalam Berita Harian, hasil pertemuan dengan Pengerusi FELDA, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor pada 28 Disember lalu, pihak pengurusan komited untuk menyelesaikan tunggakan berkenaan dan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Dalam perjumpaan itu, Tan Sri (Megat Zaharuddin) bersetuju memberi jaminan bagi menyelesaikan segala tunggakan yang dihadapi oleh pasukan secara berperingkat dalam masa terdekat.

“Sememangnya pihak pengurusan FELDA United bertanggungjawab sepenuhnya dan akan mematuhi segala hak mereka yang terbabit seperti yang sudah dipersetujui dan dinyatakan dalam kontrak mereka (pemain dan jurulatih).

“Itu adalah hak mutlak mereka yang tidak boleh dipertikaikan. Mereka berhak untuk bersuara selepas bertungkus-lumus pada musim lalu sehingga The Fighters berjaya menjulang Piala Liga Perdana 2018,” kata Ghani.

FELDA United layak ke Liga Super 2019 selepas muncul sebagai juara liga Premier 2018.

Tunggakan gaji tersebut merupakan salah satu sebab beberapa tonggak utama pasukan tersebut berhijrah menyertai pasukan lain selepas mereka bertungkus-lumus membantu pasukan itu layak ke Liga Super musim 2019.

Menurut sumber, tunggakan gaji itu bukan sahaja membabitkan pemain, malah keseluruhan pasukan termasuk barisan kejurulatihan.

Bagaimanapun, Ghani menjelaskan pihaknya meminta supaya diberikan sedikit masa sebelum ia mula dibayar kepada semua pemain dengan majoriti anggota skuad sudah berhijrah ke pasukan lain.

“FELDA United memerlukan sedikit masa bagi menyelesaikan perkara ini. Umum mengetahui bahawa masalah kewangan pasukan berkait rapat dengan masalah kewangan FELDA yang membelenggu bukan sahaja FELDA United malah keseluruhan organisasi serta komuniti peneroka seluruh Malaysia.

“Badan induk FELDA juga sudah membuat perancangan yang teliti dalam menyelesaikan isu yang dihadapi. Malah, sebelum ini pasukan tidak pernah menghadapi masalah tunggakan gaji kepada mana-mana jurulatih dan pemain, malah kami sangat mementingkan kebajikan mereka,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN