Datuk Santokh Singh Sambut Baik Cadangan Anjur Semula Pestabola Merdeka

Nama kejohanan Pestabola Merdeka pasti asing bagi generasi baharu dalam kelompok penyokong bola sepak Malaysia.

Pada mereka yang bergelar ‘orang lama’, pastinya mereka mempunyai memori dan juga rasa sentimental kepada kejohanan ini.

Begitu juga dengan bekas pemain skuad negara iaitu Datuk Santokh Singh.

Menurut laman Berita Harian, bekas pemain pertahanan tengah Harimau Malaya itu jelas menyambut baik usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengembalikan kejohanan tersebut.

Beliau sendiri yang pernah bermain dalam kejohanan tersebut berharap agar kejohanan ini berjaya mendapat sambutan hangat dari penyokong Harimau Malaya.

Dengan pasukan kebangsaan berjaya mempamerkan aksi yang baik ketika Piala AFF 2018, sudah pasti kejohanan ini mampu menarik perhatian ramai penyokong negara.

“Saya pasti edisi kali ini akan mendapat sambutan positif dari kalangan penyokong pasukan negara.”

“Mereka pastinya tidak sabar untuk saksikan pasukan negara beraksi kelak.”

Pada hemat Santokh, Pestabola Merdeka merupakan satu kejohanan yang mempunyai nilainya yang tersendiri.

Ianya boleh dilihat pada tujuan kejohanan ini diwujudkan pada asalnya iaitu sebagai salah satu acara meraikan sambutan Hari Kebangsaan negara kita.

“Kejohanan ini mempunyai auranya yang tersendiri dan keputusan FAM untuk mewujudkan kembali Pestabola Merdeka adalah sangat bagus.”

Dalam era milenium, kejohanan Pestabola Merdeka pada 2007 merupakan edisi paling bermakna kerana pada waktu itu pasukan negara berjaya muncul juara disaat negara menyambut kemerdekaan yang ke-50.

Pestabola Merdeka edisi 2019 dijangka akan dilangsungkan pada bulan Mac tahun hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN