Perlis Beraksi Dalam Liga Premier 2019, MIFA Ke Liga Super 2019

Rayuan skuad Singa Utara untuk beraksi dalam saingan Liga Premier musim depan diterima oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila mereka sah akan menggantikan tempat Kuantan FA yang telah menarik diri kerana masalah kewangan.

Selain Perlis, Terengganu FC II (TFC II) dan UKM FC turut melengkapkan slot 12 pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Premier 2019. TFC II akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Terengganu City FC (TCFC) manakala rayuan UKM FC diterima oleh pihak Malaysia Football League (MFL).

Perlis Northern Lions FOTO: PFA

UKM FC sebelum ini menghantar surat rasmi kepada MFL pada awal November lalu bagi memohon penangguhan pengesahan penyertaan tetapi mereka kini disahkan sebagai salah satu pasukan yang beraksi dalam kancah Liga Premier.

Walaupun bergelar juara Liga FAM musim ini, TCFC tidak dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Premier 2019 kerana tidak memenuhi kriteria kewangan akibat tunggakan gaji dan pampasan bekas jurulatih yang belum dilangsaikan sehingga kini.

Semalam pihak MFL mengadakan perjumpaan dengan pengurusan Perlis FA di wisma FAM. Mengulas mengenai perjumpaan itu, Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menyifatkan Perlis menunjukkan minat yang tinggi untuk beraksi dalam Liga Premier musim depan selepas hilang dalam peta bola sepak Malaysia sejak 10 musim lalu.

Katanya dalam Stadium Astro, pengambilan beberapa pemain ternama dan usaha untuk menarik semula penyokong skuad Singa Utara ke stadium telah menarik perhatian MFL.

“Pasukan yang dipilih untuk beraksi dalam Liga Perdana musim depan perlu mempunyai keupayaan untuk meningkatkan nilai Liga-M secara keseluruhan.

“Ia merangkumi komitmen, jumlah penyokong dan usaha-usaha yang dilakukan.

“Namun, kami bukan hanya perlu melihat ke depan, sebaliknya perlu melihat ke belakang juga,” katanya.

Kevin juga menjelaskan pihaknya perlu meneliti beberapa perkara terutamanya isu tunggakan gaji sebelum membuat keputusan untuk mengesahkan slot pasukan dalam saingan liga tempatan.

“Kami perlu memastikan pelaksanaan kepada perancangan-perancangan yang dilakukan tidak terjejas ekoran isu-isu seperti pembayaran tertunggak dan sebagainya,” tambahnya.

MIFA dinaikkan pangkat beraksi dalam saingan Liga Super 2019

MIFA FC yang disahkan lulus dalam perlesenan kebangsaan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menggantikan slot FELCRA FC yang menarik diri daripada saingan Liga Super 2019 selepas pasukan itu menghadapi masalah kewangan yang serius.

MIFA
MIFA FC

Pasukan MIFA juga dikhabarkan akan dijenamakan semula kepada PJ City dan akan menggunakan Stadium Petaling Jaya sebagai gelanggang sendiri.

Pasukan lain yang beraksi di Liga Super 2019 termasuklah juara lima kali, Johor Darul Ta’zim, FELDA United, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka United, Pahang, Perak, PKNP FC, PKNS FC, Selangor dan Terengganu FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN