Menerusi laporan yang didedahkan The Sun, Arsenal kini sedang berusaha untuk mendapatkan pemain pertahanan Chelsea, Gary Cahill bagi mengukuhkan sistem pertahanan pasukan tersebut.
The Gunners melahirkan minatnya terhadap pemain terbabit selepas skuad itu sedang mengalami krisis di bahagian pertahanan susulan kecederaan yang dialami lima pemain pertahanan mereka – Hector Bellerin, Rob Holding, Konstantinos Mavropanos, Shkodran Mustafi, dan Nacho Monreal.
🚑 Five players already injured
😬 Two midfielders at risk of suspension
📆 Four games in 11 daysThis is the last thing Arsenal needed 😩 #AFChttps://t.co/dwjHN4BaOT
— GOAL News (@GoalNews) December 24, 2018
Buat masa ini, pengendali pasukan – Unai Emery tidak mempunyai pilihan lain dengan hanya bergantung harap kepada Sokratis Papastathopoulos dan Laurent Koscielny sahaja dibahagian pertahanan.
Emery juga sempat menggunakan khidmat Granit Xhaka bagi menampung dibahagian pertahanan tengah pasukan.
Situasi itu jelas menggambarkan yang Arsenal sedang berdepan permasalahan paling besar dan Emery perlu segera membuat perancangan jangka masa pendek dalam misi untuk membantu pasukan bersaing di pentas Liga Perdana pada musim 2018/19 ini.
Harga murah, banyak pengalaman
Arsenal sedang melakukan perancangan untuk menarik minat Cahill menyertai pasukan mereka.
Pengalaman luas dan harga yang tidak terlalu mahal meletakkan pemain kebangsaan England berusia 33 tahun itu adalah pilihan yang terbaik buat kelab London itu ketika ini.
Secara kebetulan, kontrak Cahill bersama Chelsea akan berakhir pada penghujung musim ini dan beliau juga sedang dalam perancangan untuk meninggalkan kelab itu kerana gagal mendapat tempat dalam skuad utama Maurizio Sarri.
Musim ini Cahill hanya berpeluang tampil sebanyak tujuh kali secara keseluruhan, – satu di Liga Perdana, empat Piala Europa dan dua untuk saingan Piala Liga.
Persaingan
Bagaimanapun, untuk mendatangkan bekas kapten Chelsea itu ke Emirates bukan satu perkara yang mudah.
Cahill yang sebelum ini pernah beraksi bersama Aston Villa dan Bolton, sekali lagi menjadi buruan kelab-kelab di Inggeris.
Southampton serta dua pasukan lagi dari saingan Championship – Aston Villa dan Sheffield Wednesday turut mengidam untuk mendapatkan tandatangan Cahill.
Terbaru, sumber dari Itali, Romapress mendedahkan bahawa AS Roma dan Inter Milan turut berminat mendapatkan Cahill dan seperti dilaporkan, tawaran keatas Cahill telah dibuat untuk berpindah pemain itu pada Januari ini.