David Wagner: Huddersfield Bertemu Manchester United Pada Waktu Yang Salah

Wagner

Huddersfield Town perlu menggandakan usaha jika mahu mengatasi Manchester United dalam perlawanan ‘Boxing day’ di Old Trafford, malam ini.

Pengurus Huddersfield, David Wagner mengakui pertemuan dengan skuad The Red Devils adalah antara aksi paling sukar bakal dihadapi mereka, berikutan selepas menyaksikan kebangkitan pasukan itu dibawah pengendali baru – Ole Gunnar Solskjaer.

CARDIFF, WALES – DECEMBER 22: Ole Gunnar Solskjaer, Interim Manager of Manchester United celebrates with the fans after the Premier League match between Cardiff City and Manchester United at Cardiff City Stadium on December 22, 2018 in Cardiff, United Kingdom. (Photo by Stu Forster/Getty Images)

Solskjaer berjaya mencatatkan permulaan yang penuh bergaya selepas mengambil alih tempat Jose Mourinho dengan membawa pasukan meraih kemenangan 5-1 menewaskan Cardiff City.

Kemenangan tersebut sekaligus mengembalikan semula mental serta keyakinan para pemain United untuk berdepan lawan seterusnya selepas ini.

Ulangi cerita di Southampton 

Bagi Wanger, beliau menganggap tarikh pertemuan dengan United adalah satu waktu yang tidak tepat untuk pasukan.

Wagner akui nasib seperti tidak menyebelahi Huddersfield ketika ini dimana mereka adalah pasukan seterusnya yang bakal berdepan Man. United yang sedang dalam ‘aura’ kebangkitan.

Pengurus berusia 47 tahun itu turut percaya, situasi yang sama akan berulang seperti sebelum ini yang meyaksikan mereka menerima kekalahan 1-3 menentang Southampton. Pada masa itu, Southampton telah berubah selepas ketibaan pengurus baru, Ralph Hasenhuttl.

“Saya terkejut dan saya benar-benar sedih [untuk Jose Mourinho]. Ini adalah perkara yang tidak mahu didengar dan dilihat oleh mana-mana pengurus,” katanya kepada Sky Sports.

“Secara umumnya, saya tidak suka apabila pengurus dipecat, terutama jika kita bermain menentang pasukan lawan sebaik sahaja ianya berlaku – seperti yang kita lalui ketika berdepan Southampton. Ini tidak menjadikan kerja mudah buat kita.”

Huddersfield akan bangkit

Kedudukan Wanger dalam pasukan semakin goyah selepas menjalani lima perlawanan dengan kekalahan secara berturut-turut dan meletakkan pasukan itu kini berada dikedudukan ke-19 Liga Perdana – berkongsi 10 dengan Fulham.

Namun, sebagai pengurus, Wanger tetap meletakkan keyakinan buat barisan pemainnya dan berharap mereka mampu bangkit dari kekecewaan dan mengejutkan pasukan tuan rumah nanti.

“Saya akan menghentikan langkah ini terhadap mana-mana pasukan lawan, saya tidak peduli lawan manapun,” katanya.”

“Seterusnya, kita mempunyai peluang dengan United, ia kelihatan bukan mudah tetapi seperti biasa dalam kehidupan dan bola sepak, setiap hari peluang tetap diberikan kepada anda.”

Tambahnya lagi, “Kami akan melihat apa yang boleh kami lakukan pada Boxing Day. Yang pasti, kami harus bermain lebih baik dari babak pertama, babak kedua seperti yang saya katakan dengan reaksi yang sebenar.”

“Kami harus kembali ke prestasi sewajarnya yang telah kami tunjukan. Itu memberi kami kesempatan dan kemudian kami harus melihat seberapa bagus United hari ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN