Nazirul Naim: Hadi Fayyadh Perlu Kerja Keras Rebut Kesebelasan Utama

Hadi Fayyadh

Pertahanan kiri skuad kebangsaan, Nazirul Naim Che Hashim tampil dengan beberapa kata nasihat buat penyerang muda negara, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang kini sah menyertai kelab divisyen 2, Liga Jepun (J League), Fagiano Okayama.

Hadi Fayyadh yang merupakan pemain bebas selepas ditamatkan kontrak serta merta oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) pada September lalu itu akhirnya berjaya dalam misinya mahu menjejakkan kaki ke saingan J League, terima kasih atas bantuan Yakult Malaysia.

“Bagi saya, gunakan waktu di sana dengan sebaik mungkin, contohnya mempelajari budaya di sana khususnya cara mereka bekerja dan apa yang mereka lakukan pada waktu lapang.

“Budaya mereka banyak berbeza berbanding budaya kita dan sememangnya disiplin adalah nombor satu buat mereka.

“Memang mereka begitu pentingkan disiplin,” kata pemain pertahanan Perak itu lagi yang dipetik daripada Harian Metro.

Nazirul Naim berkata berdasarkan pengalamannya ketika bermain bersama kelab divisyen tiga J League, FC Ryukyu pada tahun 2013 bersama seorang lagi bintang muda ketika itu, Wan Zack Haikal.

Foto: FC Ryukyu

Bersama FC Ryukyu, Nazirul Naim gagal mendapat walaupun sekali peluang beraksi akibat kecederaan berpanjangan dan akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal dan pulang ke tanah air.

Menurutnya lagi, selaku pemain import pasukan tersebut, Hadi Fayyadh perlu bekerja lebih keras untuk memikat jurulatih dan mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

“Hadi Fayyadh perlu menunjukkan bahawa dia lebih baik berbanding pemain tempatan selain perlu berusaha untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Apapun, ini adalah satu perkembangan yang positif dan saya berharap lebih ramai lagi pemain muda diberi peluang beraksi di luar negara,” tambahnya lagi yang kini berusia 25 tahun.

Berusia 18 tahun, Hadi Fayyadh akhirnya sah menyertai Fagiano Okayama pada Jumaat lalu untuk tempoh masa setahun selepas menjalani dua sesi latihan bersama pasukan tersebut.

Ini membuktikan yang bakat muda daripada Malaysia mampu menarik minat industri bola sepak luar negara, jika kena pada tempatnya. Jejak Hadi Fayyadh wajar diikuti pula oleh rakan-rakan sepasukannya dalam skuad B-19 negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN