VIDEO: Jaringan Memukau Andros Townsend Menyerikan Lagi Kejutan Crystal Palace Buat Manchester City

Townsend

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris, Manchester City gagal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri serta mendominasi sebahagian perlawanan selepas dikejutkan Crystal Palace 2-3 di Etihad Stadium.

Jaringan memukau yang dihasilkan Andros Townsend juga turut menghiasi aksi yang tidak diingini The Cityzens itu.

Segalanya tampak di landasan terbaik buat anak buah Pep Guardiola apabila Ilkay Gundogan membuka tirai jaringan pada minit ke-27.

Pemain skuad kebangsaan Jerman yang tidak dikawal pemain pertahanan Crystal Palace, melonjak tinggi untuk menanduk bola hantaran lintang dilakukan Fabian Delph untuk gol pertama perlawanan.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 22: Andros Townsend of Crystal Palace celebrates after scoring his team’s second goal with Aaron Wan-Bissaka of Crystal Palace during the Premier League match between Manchester City and Crystal Palace at Etihad Stadium on December 22, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Namun, kegembiraan tersebut hanya mampu bertahan enam minit selepas Jeffrey Schlupp melepaskan rembatan dalam kawasan penalti yang sekaligus gagal dihalang Ederson Moraes untuk kembali menyamakan kedudukan.

Tidak cukup dengan itu, Ederson terus kecewa hanya selepas dua minit berselang menerusi percubaan ‘roket’ yang memukau diledakkan Townsend membuatkan penyokong Manchester City tergamam dengan jaringan tersebut.

Tertekan untuk memburu jaringan, Guardiola membuat pertukaran taktikal pada minit ke-50 dengan membawa masuk Sergio Aguero bagi menggantikan Nicolas Otamendi bagi mempertajamkan lagi bisa di bahagian serangan.

Namun, hanya seminit penyerang tersebut beraksi, pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti berikutan kekasaran dilakukan Kyle Walker terhadap Max Meyer.

MANCHESTER, ENGLAND – DECEMBER 22: Manchester City players celebrate following Kevin De Bruyne’s (not pictured) goal during the Premier League match between Manchester City and Crystal Palace at Etihad Stadium on December 22, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Kapten Crystal Palace, Luka Milivojevic yang sentiasa ditugaskan mengambil sepakan penalti tidak berdepan sebarang masalah bagi menewaskan Ederson.

Manchester City terus kecewa apabila sepakan percuma daripada Leroy Sane hanya singgah di tiang gol sebelah kiri gawang yang dikawal Vicente Guaita.

Kevin De Bruyne memberikan sekelumit harapan buat tuan rumah selepas cubaannya untuk melakukan hantaran ke kawasan penalti Crystal Palace terus menerjah gawang pada minit ke-85.

Namun, jaringan tersebut tidak mampu untuk menghalang skuad bimbingan Roy Hodgson dari memberikan kekalahan kedua buat juara bertahan itu dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN