Kembali Semula Ke Manchester, Ole Gunnar Solskjaer Dilantik Pengendali Sementara The Red Devils

Solskjaer

Manchester United memulakan langkah awal pasca ‘pemerintahan’ Jose Mourinho selepas menamakan bekas penyerang, Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengendali sementara pasukan sehingga tamat musim ini.

Solskjaer yang digelar ‘The Baby-faced Assassin’ bukanlah nama asing dalam kalangan penyokong setelah beliau berjaya menghasilkan 126 jaringan daripada 366 penampilan bersama Manchester United.

Beliau yang kini berusia 45 tahun juga pernah membimbing skuad simpanan United sebaik sahaja menamatkan karier sebagai pemain pada tahun 2007.

Ole Gunnar Solskjaer akan dibantu Mike Phelan sebagai jurulatih pasukan utama yang turut disertai Micheal Carrick dan Kieran McKenna.

Bercakap kepada laman web rasmi pasukan, Solskjaer jelas teruja dengan peluang yang diberikan Manchester United terhadapnya.

16 Sep 1998: Luis Enrique of Barcelona is followed by Ole Gunnar Solskjaer of Manchester United during the Champions League match at Old Trafford in Manchester, England. The game ended in a draw 3-3. Mandatory Credit: Clive Brunskill /Allsport

”Manchester United berada dalam hati saya dan saya hebat untuk saya kembali ke sana dengan tugasan (sebagai pengurus) ini.”

”Saya tidak sabar untuk bekerja bersama skuad yang sangat berbakat yang dimiliki, kakitangan serta semua orang di kelab ini.”

Kerusi panas selaku pengendali Manchester United yang sebelum ini menjadi milik Jose Mourinho terpaksa dikosongkan selepas prestasi kurang bermaya ditampilkan pada musim ini.

Sebaik sahaja tewas 3-1 kepada Liverpool tempoh hari, khidmat Mourinho terpaksa ditamatkan dan memberikan peluang buat Solskjaer bagi mencurahkan kepakaran dimilikinya dalam membawa Manchester United kembali disegani.

Wira Manchester United yang menewaskan Bayern Munich pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 1999 ini pernah menggalas tanggungjawab selaku pengurus Molde FK dan Cardiff City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN