Christian Pulisic dilaporkan sudah bersetuju dengan sebuah kelab di EPL. Kontrak Pulisic di Dortmund akan tamat pada musim panas tahun 2020. Ini bermakna beliau hanya ada kurang 18 bulan lagi untuk mecapat kesepakatak dengan Borussia Dortmund.
Buat masa ini, Pulisic dikatakan masih belum menandatangani kontrak baru dengan Borussia Dortmund. Beliau dijangka tidak akan menyambung kontrak jika berterusan tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.
Kehadiran bintang muda England, Jadon Sancho membuatkan Pulisic kehilangan tempat beliau.
Cedena Ser di Sepanyol sebelum ini melaporkan Atletico Madrid ada bercakap dengan wakil Pulisic untuk membawa pemain itu ke kelab itu. Namun ejen Pulisic menyatakan mereka sudah mencapai persetujuan dengan sebuah kelab Liga Perdana.
Borussia Dortmund dilaporkan terbuka untuk menjual Pulisic ke kelab tersebut. Daily Mail kemudian melaporkan Chelsea sebagai pasukan yang telah memenangi persaingan mendapatkan Pulisic dengan nilai sekitar £63 juta pada Januari ini.
Namun perjanjian itu dikatakan akan membuatkan Pulisic terus kekal di Dortmund sehingga akhir musim ini. Jadi, jika laporan ini benar, Pulisic hanya akan bermain untuk Chelsea pada musim hadapan. Kehadiran Pulisic mungkin akan membuatkan Willian ataupun Pedro keluar daripada Chelsea.
Chelsea pada masa yang sama masih dalam proses untuk memujuk Hazard agar melanjutkan lagi kontrak beliau di Stamford Bridge.
Satu lagi laporan di Sepanyol menyatakan Pulisic bersetuju menyertai Liverpool.
Pulisic menjadi perhatian banyak kelab di seluruh Eropah. Di England, selain 2 kelab dinyatakan di atas, Manchester United dan Spurs juga antara kelab yang berminat dengan Pulisic.
Pengarah Sukan Dortmund – Michael Zorc – pula menyatakan Pulisic tidak akan dijual pada bulan Januari ini dan akan terus kekal di kelab tersebut.
Pulisic kemudiannya berkata kepada Pro Soccer Talk baru-baru; beliau akan kekal bersama Dortmund pada musim ini dan akan membincangkan masa depannya di kelab itu selepas ini.