Piala AFF 2018: Dato’ Hamidin Ucap Terima Kasih Kepada Semua

Malaysia menamatkan saingan Piala AFF sebagai naib juara. Ianya satu pencapaian yang membanggakan kepada seluruh peminat bola sepak Malaysia. Dalam 2 aksi final Piala AFF Suzuki 2018, Vietnam menang agregat 3-2.

Sebaik sahaja tamat kempen Piala AFF Suzuki 2018, ini bermakna Malaysia menamatkan kalendar 2018 sebagai pasukan kedua terbaik di dalam saingan kejohanan rantau Asia Tenggara.

Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd. Amin merakamkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia terutama sekali penyokong dan Ultras Malaya yang bertandang ke Vietnam.

“Terima kasih Malaysia. Bagi pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), saya selaku presiden ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong pasukan Malaysia dan juga Ultras Malaya yang telah sama-sama hadir ke Stadium My Dinh, Hanoi, malam ini bagi memberikan sokongan padu buat skuad Harimau Malaya.”

“Tidak dilupakan juga, seluruh rakyat Malaysia di tanah air yang turut mendoakan kejayaan pasukan kita pada aksi Final 2 Piala Suzuki AFF 2018 menentang Vietnam ini dan setia menyokong pasukan sejak dari aksi pertama peringkat kumpulan bertemu Kemboja pada 8 November lalu. ”

“Biarpun Malaysia akhirnya gagal menjulang trofi kejuaraan Piala Suzuki AFF 2018 apabila menamatkan kempen selaku naib juara.”

Dato Hamidin mengambil positif di atas kegagalan pada kali ini. Beliau menganggap FAM selepas ini perlu memandang ke hadapan lagi bagi mempersiapkan skuad Malaysia untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia.

“Kegagalan Malaysia pada malam ini bagaimanapun tidak seharusnya terus diratapi dan kita perlu terus memandang ke hadapan bagi mempersiapkan pasukan kebangsaan kita menghadapi pula Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula tahun depan,” tambah beliau lagi.

Dato Hamidin juga memberikan penghargaan beliau kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail (TMJ) yang telah banyak memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan.

Hamidin berkata: “Seterusnya, saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Tunku Mahkota Johor, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Malaysian Football League (MFL) yang mana baginda telah banyak memberikan sokongan buat pasukan kebangsaan.”

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pasukan liga Malaysia yang memberikan sumbangan kepada skuad kebangsaan dengan memberikan perlepasan kepada pemain mereka untuk menyertai kem Harimau Malaya bagi saingan Piala AFF 2018.

“Ucapan terima kasih juga kepada semua pasukan negeri/kelab yang telah memberikan sumbangan dari segi pemain mereka untuk membarisi skuad 23 pemain kita ke saingan Piala Suzuki AFF 2018 ini.”

Dan akhir ucapan beliau, Dato’ Hamidin memberikan penghargaan beliau kepada exco serta kakitangan FAM – tak dilupa – Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Abdul Rahman.

Dato Hamidin menambah: “Tidak dilupakan, Ahli-Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) FAM dan kakitangan FAM yang telah memberikan sokongan pada serta kerja keras sepanjang kempen edisi kali ini dan juga terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang turut hadir ke Hanoi untuk bersama-sama menyokong skuad Harimau Malaya.”

“Tanpa kerjasama dan sumbangan semua, sudah tentu kita tidak akan dapat melangkah sejauh ini. Anda semua adalah Ekor Harimau Sejati! Terima kasih.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN