Rekod tanpa kalah Manchester City dalam EPL musim ini telah berakhir di Stamford Bridge. Chelsea menang 2-0 dalam pertemuan di antara 2 kelab di kedudukan 3 teratas itu.
Chelsea memulakan perlawanan dengan lebih berhati-hati. Mereka berjaya bertahan dengan baik. Boleh dikatakan Chelsea lebih rigid pada separuh masa pertama dan tidak begitu ‘sarriball’ dalam aksi mereka.
Manchester City intensif menyerang namun masalah utama mereka tidak cukup tajam di zon serangan akhir. Mereka tidak cukup penetratif.
Funny game. Not as tactically interesting as expected. City better in first half but little penetration, service to Sane not right. Chelsea completely transformed when 1-0 up, more dangerous going forward and solid defensively. Surprisingly little City Plan B or late pressure
— Michael Cox (@Zonal_Marking) December 8, 2018
City mencetuskan beberapa detik cemas di hadapan pintu gol Man. City termasuk menerusi Leroy Sane dan juga sepakan percuma Kyle Walker.
Namun sebelum rehat, Chelsea menyerang ke kubu City. N’golo Kante menjaringkan gol pembukaan untuk Chelsea menerusi rembatan deras dari dalam kotak penalti.
Bersambung babak kedua, Chelsea memperbaiki rentak permainan mereka. Manchester City bergelut untuk mendapatkan gol. Chelsea berjaya merosakkan struktur taktikal pasukan bimbingan Pep Guardiola. Chelsea sangat agresif ketika mengekang pergerakan pemain-pemain City.
Chelsea made more tackles than any other opposition team have against Man City in the PL this Season (26) 💪
1️⃣ Chelsea (26)
2️⃣ Arsenal (22)
3️⃣ West Ham (21)(@StatsZone Image) #CFC #Chelsea pic.twitter.com/PLDCKduiU0
— Stats Per 90 (@StatsPer90) December 8, 2018
Ketika perlawanan berbaki 12 minit sahaja lagi, David Luiz menanduk masuk sepakan penjuru. Manchester City mempertikaikan sepakan penjuru itu – kerana sepakan Ross Barkley didakwa tidak terkena pada pemain mereka.
Chelsea menang 2-0 untuk memastikan kekalahan pertama pasukan Man. City musim ini. Jika sebelum perlawanan, Maurizzio Sarri menyatakan beliau tidak tahu cara untuk menang ke atas Guardiola kerana selalu kalah – Guardiola pula sebenarnya sudah 3 kali tewas di tangan Chelsea dalam EPL.
Opta | Pep Guardiola has now lost three league games against #Chelsea as a manager; more often than against any other opponent. #CFC pic.twitter.com/7bGs4UrvOd
— The Blues (@TheBlues___) December 8, 2018
Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan David Luiz tidak menafikan bahawa mereka baru sahaja menang ke atas pasukan yang terbaik di Eropah ketika ini.
"You have to be honest, we were playing against the best team in Europe."
"Humility was the key."
Chelsea's match-winners N'Golo Kante and David Luiz speak to @DesKellyBTS 🎙
That hug at the end 🙌 pic.twitter.com/VHHzKtU8qc
— Football on TNT Sports (@footballontnt) December 8, 2018
Pep Guardiola dalam kenyataan beliau selepas perlawanan berkata: “Chelsea bermain lebih baik [secara keseluruhannya]. Tahniah Chelsea.”
“Kami bermain sangat luar biasa pada separuh masa pertama. Namun, inilah bola sepak. Selepas musim lalu, semua pasukan mahu menewaskan kami dan mereka memberikan usaha yang lebih banyak ketika berhadapan dengan kami.”
Dengan kekalahan ini Man. City turun ke tangga kedua. Liverpool naik ke puncak liga – tinggal satu-satunya pasukan yang belum kalah lagi.
Chelsea pastinya gembira dengan kemenangan ini yang boleh dijadikan mereka sebagai motivasi kebangkitan mereka selepas bergelut dengan prestasi dalam beberapa perlawanan. Chelsea menjadi pasukan pertama menewaskan City dalam EPL musim ini. Mereka juga pasukan kedua yang berjaya ‘clean sheet’ berhadapan City selepas Liverpool.