AFF 2018: Nasib Baik Tak Kalah, Malaysia Bermain Sangat Baik, Kata Tanaboon

Tanaboon Kesarat mengakui Thailand gembira berjaya membawa balik keputusan seri tanpa jaringan di Bukit Jalil dalam separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018.

Ini kerana menurut Tanaboon Kesarat, pasukan Harimau Malaya ternyata bermain sangat baik. Tanaboon menganggap mereka bernasib baik untuk tidak kalah dalam perlawanan ini.

Malaysia berterusan menyerang kubu pasukan Thailand. Mencipta banyak peluang gol terutama sekali pada separuh masa pertama, Sumareh, Safawi dan Norshahrul ada peluang terbaik untuk menjaringkan gol. Kekecewaaan Malaysia adalah kualiti penyudah.

Malaysia memperbaiki aspek permainan dan membuli Thailand sepanjang perlawanan namun daripada 26 percubaan ke arah gol, hanya 2 yang tepat.

Penyerang sensasi Thialand, Adisak Kraisorn juga didiamkan oleh pertahanan Malaysia. Ini adalah kali pertama beliau tidak menjaringkan gol dalam kempen Piala AFF 2018.

Tanaboon memberitahu wartawan, pasukan Thailand terpaksa bertahan sepanjang perlawanan. Mereka kemudiannya cuba melancarkan serangan balas.

Tanaboon berkata: “Ianya sangat sukar bermain di Malaysia. Mereka menyerang kami dengan sanga baik. Kemudiannya, kami dipaksa bertahan dengan baik dan cuba menyerang mereka menerusi serangan balas.”

Thailand’s midfielder Tanaboon Kesarat (C) heads the ball against Malaysia’s midfielder Mohamadou Sumareh during the first leg of the AFF Suzuki Cup 2018 semifinal football match between Malaysia and Thailand at the Bukit Jalil National Stadium in Kuala Lumpur on December 1, 2018. (Photo by MOHD RASFAN / AFP) (Photo credit should read MOHD RASFAN/AFP/Getty Images

“Kami sangat bernasib baik untuk tidak melepaskan gol. Pada masa yang sama kami berkerja keras untuk mengelak daripada dibolosi.”

“Kami juga kecewa kerana tidak menjaringkan sebarang gol, namun sekurang-kurangnya kami tak kalah hari ini.”

“Kami gembira dengan keputusan ini dan sekarang kami akan fokus kepada perlawanan di kandang kami sendiri di Thailand dalam masa 4 hari lagi.”

Tanaboon berharap pasukan Thailand akan bermain lebih baik dan menang ke atas Malaysia dalam perlawanan kedua. Beliau juga menyeru agar penyokong Thailand membanjiri Stadium Rajamangala bagi menaikkan lagi semangat para pemain.

Perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia dan Thailand berakhir seri tanpa jaringan. Perlawanan disaksikan lebih 80,000 penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN