Andre Schurrle: Saya Akan Meraikannya, Harap Penyokong Chelsea Tidak Tersinggung

Schurrle

Pemain Fulham, Andre Schurrle berkata beliau mungkin akan meraikan jaringan jika berjaya menjaringkan gol ketika berhadapan bekas kelabnya, Chelsea pada perlawanan hujung minggu ini.

The Cottagers akan berkunjung ke Stamford Bridge, Ahad ini bagi menghadapi Chelsea untuk perlawanan minggu ke-14 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Schurrle pernah beraksi bersama Chelsea selama dua musim sejak 2013 sehingga 2015, berhijrah ke Jerman menyertai VfL Wolfsburg dan Borussia Dortmund sebelum kembali ke England untuk menyertai Fulham pada Julai 2018.

Pemain Jerman itu berjaya bangkit daripada permulaan kurang meyakinkan ketika mula menyertai Fulham dengan menjaringkan 5 gol setakat ini dalam saingan liga.

Tidak faham

Secara peribadi, Schurrle mengakui bahawa dirinya tidak faham mengapa ramai penyokong akan marah jika bekas pemain mereka meraikan jaringan apabila berjaya menjaringkan gol ke kelab lamanya.

Menurut Schurrle, pemain yang meraikan gol itu adalah hak peribadinya mengikut tugas bersama dan tanggungjawab bersama pasukan yang sedang diwakili.

Saya tidak pernah memikirkan itu. Saya tidak faham mengapa peminat marah kerana bekas pemain meraikan gol,” kata Schurrle kepada Sky Sports.

“Jika saya bersorak di Stamford Bridge, ia tidak bermakna saya  menentang penyokong Chelsea atau menentang kelab itu, ia hanyalah berkait dengan saya dan penyokong Fulham.”

Harap penyokong tidak tersinggung

Schurrle dilihat benar-benar yakin untuk menjaringkan gol bagi membantu pasukannya dalam pertemuan dengan Chelsea.

Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu berharap penyokong Chelsea tidak akan tersinggung dan marah jika dia beraksi dan berjaya menjaringkan gol pada perlawanan itu.

Bagi Schurrle, beliau tidak pernah berniat untuk menghina atau menjadi sombong, apabila beliau berjaya meraikan gol nanti.

“Jika saya menjaringkan [meraikan] itu adalah tindakan spontan dan saya harap tiada siapa yang tersinggung.”

“Setiap kali anda menjaringkan gol di bekas kelab, ia merasa istimewa kerana anda tahu setiap orang di sekitar tempat itu,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN