Copa Libertadores: Venue Pusingan Kedua Perlawanan Akhir Dipindahkan Ke Madrid

Perlawanan akhir timbal balik Copa Libertadores di antara Boca Juniors dan River Plate telah diputuskan untuk diadakan di luar negara – dengan Stadium Santiago Bernabeu di Sepanyol menjadi arena pilihan.

Derbi ‘superclasico’ membabitkan dua kelab terbesar dari Buenos Aires, Argentina itu terpaksa ditunda pada hujung minggu lalu selepas bas yang membawa skuad Boca diserang oleh penyokong River Plate.

(Photo by Agustin Marcarian/Getty Images)
Akibat kekecohan

Beberapa pemain utama Boca dilaporkan mengalami kecederaan akibat daripada cermin bas yang pecah selepas dilontar. Pemain skuad Boca turut dikataka terkesan dengan gas pemedih mata yang digunakan oleh pihak polis untuk meleraikan penyokong yang bertindak merusuh.

Perlawanan tersebut kini dijadualkan akan berlangsung pada Ahad, 9 Disember akan datang.

Pertandingan Copa Libertadores adalah pertandingan elit untuk kelab bola sepak dari benua Amerika Selatan yang setaraf dengan UEFA Champions League di Eropah.

Boca perlu teruskan perlawanan

Menurut laporan dari BBC, kedua-dua kelab akan menerima agihan sama rata untuk kuota tiket perlawanan yang diadakan di ibu kota Sepanyol itu.

Badan induk bola sepak Amerika Selatan, Conmebol sebelum itu menolak permintaan Boca untuk diberikan kemenangan percuma tanpa perlu beraksi berikutan insiden tersebut.

(Photo by Ivan PISARENKO / AFP) (Photo credit should read IVAN PISARENKO/AFP/Getty Images)

Perlawanan tersebut dianggap sebagai perlawanan peringkat kelab terbesar di dalam sejarah 127 tahun bola sepak di Argentina – turut menyaksikan perlawanan akhir pusingan pertama berkesudahan dengan keputusan seri 2-2.

Antara pemain yang terkesan dengan insiden serangan terhadap bas Boca Juniors adalah bekas penyerang Manchester City dan Juventus, Carlos Tevez yang dilaporkan pening dan muntah sebelum menerima rawatan oleh pasukan perubatan pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN