UKM FC Tidak Puas Hati Dengan Tindakan MFL Tolak Penyertaan Mereka

Gara-gara kerana gagal mengesahkan penyertaan mereka untuk saingan Liga Premier 2019, badan pengendali Liga Malaysia (MFL) memutuskan untuk tidak membenarkan pasukan UKM FC bertanding dalam saingan liga divisyen 2 itu musim depan.

Menurut pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam, Lembaga Pengarah MFL telah memutuskan untuk tidak mempertimbangkan permohonan daripada UKM FC.

Ini kerana rayuan UKM FC tidak mengemukakan maklumat yang baru mengenai permohonan penangguhan pengesahan selain daripada yang telah dikemukakan dalam permohonan awal. Selaras dengan keputusan tersebut, UKM FC disahkan tidak akan bertanding dalam Liga Malaysia 2019.

“Setiap pasukan harus mengambil serius tentang tarikh akhir yang telah ditetapkan untuk setiap perkara. Mentaliti mengambil mudah perkara sebegini harus dihentikan. Industri bolasepak tempatan tidak boleh menunggu setiap kali sesuatu perlu dibuat.

“Kejayaan industri ini adalah penting untuk kemajuan bolasepak negara dan semua yang terlibat perlu sedar bahawa perbuatan mereka tidak hanya melibatkan mereka sahaja. Ia melibatkan semua yang terlibat dalam industri ini dan membawa kesan yang jauh lebih mendalam dari yang mereka sangka.” jelas Kevin dalam satu kenyataan.

UKM FC dinafikan hak bertanding

Sementara itu, pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin berpendapat mereka seolah-olah dianiaya oleh MFL sedangkan pasukan lain yang mempunyai masalah yang sama dibenarkan bertanding.

“Pasukan macam Pulau Pinang yang ada masalah gaji boleh pula dibenarkan bermain, tetapi kami dinafikan hak hanya kerana isu kecil membabitkan pengesahan,” katanya dalam Berita Harian hari ini.

“Pertama, kami adalah pasukan yang layak beraksi di Liga Perdana selepas menamatkan kedudukan di tangga ketujuh liga selain mara ke final Piala Cabaran musim ini.

“UKM FC mempunyai tatacara kerja mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan. Kami bukan saja perlu mendapatkan pengesahan Naib Canselor tetapi kami juga perlu melalui Lembaga Pengarah UKM yang bertukar tiga kali untuk tahun ini sahaja.

“Sepatutnya MFL sendiri harus menghubungi pihak Lembaga Pengarah UKM untuk mendapat pengesahan pasukan dan bukannya menghukum kami dengan cara begitu. Kesalahan kami bukannya besar kalau nak dibandingkan dengan pasukan yang gagal melunaskan gaji pemain,” jelasnya.

Jurulatih UKM FC, Sulaiman Husin bergambar dengan jurulatih Terengganu FC II, Tengku Hazman ketika final Piala Cabaran 2018. FOTO: TFC

Sulaiman turut mengakui keputusan daripada MFL itu telah menjejaskan periuk nasi para pemain pasukan itu yang kebanyakannya merupakan pelajar universiti berkenaan.

“Kesian pada pemain. Kebanyakan pemain adalah pelajar dan dari golongan biasa, dengan bola sepak inilah mereka dapat duit poket untuk beli buku, makanan dan membayar yuran. Bila jadi macam ini, mereka semua kecewa dan hilang mata pencarian,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN