Pemain tengah Liverpool, Xherdan Shaqiri memberi peringatan kepada pendahulu liga, Manchester City agar bersiap sedia untuk menghadapi cabaran hebat dari pasukannya untuk bersaing dalam perebutan liga bagi musim ini.
Shaqiri menegaskan bahawa rakan sepasukannya dan jurulatih, Jurgen Kloop akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pasukan mereka dapat memberi tentangan sengit keatas Man. City sehingga berakhir saingan liga.
Beliau turut meminta rakan sepasukan agar tidak melihat keputusan City ketika ini, sebaliknya berharap semua memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap pasukan untuk memperolehi mata penting dalam setiap perlawanan.
“Kami akan berada di sana sampai akhir!” kata Shaqiri seperti dilaporkan Goal .
“Kami tidak perlu melihat keputusan Man City, kami hanya perlu melihat diri kami sendiri dan cuba untuk memberikan prestasi yang terbaik di padang dan memenangkan setiap perlawanan, itu yang paling penting.”
Man City kini berada di puncak liga dengan mengumpul 35 mata, sementara Liverpool berada ditangga kedua dengan hanya dibezakan 2 mata dengan City.
Setakat ini, skuad Pep Guardiola dan Jurgen Kloop masih belum menerima sebarang kekalahan selepas 13 perlawanan yang dihadapi.
Perlu kerja keras
The Reds berjaya meraih tiga mata penting apabila berjaya menewaskan Watford 3-0 ditempat lawan pada perlawanan minggu ke-13 Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Shaqiri sebagai berkata, kemenangan yang berjaya diraih Liverpool di Vicarage Road itu bukanlah perkara yang mudah seperti dijangka meskipun mereka memperolehi keputusan yang besar.
Menurut Shaqiri, prestasi pasukannya berada dalam keadaan baik menjadikan mereka mampu untuk memperolehi hasil yang memuaskan seperti perlawanan di Watford.
“Setiap perlawanan memiliki kisahnnya sendiri dan kami harus melihat perlawanan ke perlawanan seterusnya dan tidak perlu fikirkan a kami berada di akhir musim nanti.”
“Apabila anda memenangi perlawanan seperti ini, kami akan bertarung sehingga akhir untuk banyak perkara jadi saya fikir kami hanya perlu meneruskannya, terus berusaha keras dan memenangi perlawanan.”