Penyerang Boca Juniors, Carlos Tevez ternyata berang dengan keputusan yang dibuat Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) yang menunda perlawanan akhir kedua Copa Libertadores.
Keputusan itu dibuat selepas para penyokong River Plate bertindak keterlaluan dengan menyerang bas yang membawa skuad Boca Junior menuju ke Estadio Monumental.
Dua pemain Boca Juniors, Pablo Perez dan Gonzalo Lamardo terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan akibat terkena serpihan kaca tingkap bas.
Langkah menangguhkan perlawanan itu jelas menimbulkan rasa tidak puas hati buat Tevez yang turut mengalami pening dan muntah akibat insiden tersebut.
Beliau menggagap keputusan yang diambil CONMEBOL itu adalah satu perkara yang memalukan.
”Saya merasakan ini adalah satu perkara yang memalukan. Apa yang CONMEBOL lakukan adalah memalukan.”
”Saya mengatakan perkara ini secara peribadi. Jika seseorang mahu mengambil tindakan terhadap saya mengenai perkara ini, saya menerimanya.”
”Pablo Perez berada di hospital dan kami semua masih dipaksa untuk beraksi. Ia memalukan.”
”Terdapat dua pemain Boca (Juniors) yang berada di hospital, seorang lagi mengalami muntah, saya juga turut muntah.”
Dalam pada itu, Tevez menyifatkan keputusan sebaliknya diambil sekiranya penyokong Boca Juniors yang melakukan serangan tersebut.
”Jika Boca yang melakukannya (serangan terhadap bas), kami sudah pasti akan terkeluar dan River Plate akan mendapat trofi itu.”
TREMENDO | Así quedó el micro de Boca tras los incidentes. Qué locura. @marca https://t.co/6pF2eVaMYH pic.twitter.com/OPP42yGUAe
— Claro Sports Argentina (@ClaroSportsAr) November 24, 2018