Hasnul Tetap Letak Jawatan Walaupun Ada Yang Meminta Beliau ‘U-Turn’

Hasnul Zulkarnain Munaim telah menolak permintaan daripada Exco Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang meminta beliau untuk mempertimbangkan semula perletakan jawatan beliau sebagai Presiden PAFA.

Hasnul tahu kenyataan beliau akan mengguris hati beberapa penyokong Perak yang mahukan beliau kekal sebagai Presiden PAFA. Namun bagi Hasnul keputusan sudah pun dibuat dan beliau tetap dengan pendiriannya untuk meletak jawatan.

Tambahan lagi, beliau sudah meneliti keputusan itu dan mendapatkan pandangan daripada Menteri Besar Perak.

Hasnul akan menyerahkan surat perletakan jawatan beliau dalam masa terdekat ini. Hasnul menegaskan – beliau terpaksa meletak jawatan kerana tekanan teruk daripada netizen.

Ianya gara-gara gambar kontroversi beliau dengan Piala Malaysia. Ramai juga penyokong kecewa kerana keraian Piala Malaysia yang sepi, dan piala dibawa balik oleh Hasnul ke rumahnya. Selepas itu, Hasnul Zulkarnain meminta maaf di atas perbuatannya dan menyatakan beliau tidak akan meletakkan jawatan.

Namun selepas dikecam hebat dan desakan daripada ramai pihak, beliau akhirnya melepaskan jawatan sebagai Presiden PAFA secara lisan dalam satu sidang media.

Beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada Pafa dalam tempoh terdekat. Dipetik daripada Utusan Online, Beliau berkata: “Saya dapat tekanan daripada netizen dan saya ambil keputusan ini (meletak jawatan).”

“Ini demi kepentingan PAFA dan pembangunan bola – supaya terus maju tanpa ada isu-isu yang barang kali kalau saya kembali semula, akan timbulkan isu lama yang menyebabkan fokus jawatankuasa PAFA terganggu,” katanya lagi.

Hasnul Zulkarnain menyatakan beliau juga sedih kerana terpaksa meninggalkan PAFA. Beliau menyatakan sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat beliau dalam PAFA jika dilantik menggalas jawatan-jawatan yang lain (selain presiden) demi kemajuan bola sepak Perak.

“Saya minta maaf kepada penyokong yang memberi sokongan kepada saya, saya amat terharu dan kepada yang mengecam saya, saya maafkan mereka, mereka berbuat demikian kerana tak kenal saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN