Faiz Nasir Kini Dikaitkan Dengan Selangor

Episod drama Faiz Nasir dalam jendela perpindahan kali ini penuh dengan debaran. Sebelum ini beliau dikaitkan dengan Melaka United. Namun selepas itu diberitakan membuat pusingan U untuk kekal di Terengganu.

Tidak lama selepas itu, Faiz Nasir sekali lagi dikatakan semakin hampir untuk menyertai Melaka United. Ini selepas pengendali baharu Melaka United, Zainal Abidin Hassan menyatakan beliau sudah bersemuka dengan Faiz Nasir bagi membincangkan tawaran daripada Melaka United kepada pemain tersebut.

Zainal juga memberikan bayangan bahawa teka-teki melibatkan Faiz Nasir dan Melaka United akan diketahui pada hujung minggu ini.

Irfan Bakti pula sudah akur dalam persaingan bagi mendapatkan tandatangan Faiz Nasir untuk musim 2019. Irfan sudah memberikan ucapan selamat maju jaya kepada Faiz Nasir sama seperti bekas pemain yang pernah berkhidmat di bawah kendalian beliau sebelum ini.

Foto: Terengganu FC

Bagi Irfan Bakti, ianya sudah menjadi lumrah dalam bola sepak, di mana pemain datang dan pergi. Irfan Bakti juga mengesahkan Faiz Nasir mendapat tawaran daripada banyak pasukan kerana aksi cemerlang beliau musim 2018.

Irfan berkata kepada Utusan Online: “Saya akur dengan keputusan yang dilakukan pemain tengah itu bagi mencari haluan baru musim depan.”

Dan kini, Faiz Nasir dikhabarkan bakal menyertai pasukan Selangor – yang baru sahaja mengumumkan pengendali baharu mereka, B. Sathianathan.

Persaingan untuk mendapatkan Faiz Nasir kini menjadi hangat di antara Melaka dan Terengganu. Namun siapa tahu, Faiz Nasir tiba-tiba menyertai pasukan lain pula selain daripada 2 nama tersebut. Bersama-sama kita nantikan di mana agaknya destinasi baru Faiz Nasir untuk musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN