Thanabalan Dan Syahrul Azwari Sah Sertai Skuad Helang Merah

Skuad Kedah musim depan bakal diperkuatkan oleh beberapa pemain berkualiti termasuk pemain berpengalaman yang pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan bagi menghadapi musim baharu yang lebih mencabar.

Antara pemain yang disahkan menyertai skuad helang merah itu ialah penyerang skuad bawah 23 tahun, N. Thanabalan dan bekas penyerang skuad Harimau Muda, Syahrul Azwari yang beraksi untuk pasukan Melaka United musim ini.

Pengumuman mengenai pemain baharu itu dibuat melalui sidang media Perkembangan persiapan skuad utama Kedah oleh Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sebentar tadi yang turut mengumumkan barisan jurulatih dan pegawai pasukan Liga Super Kedah untuk musim depan.

Selain Thanabalan dan Azwari, KFA turut mengumumkan kemasukan bekas pemain tengah Selangor, Shahrul Igwan Shamsudin dan Azmeer Yusof yang pernah beraksi dengan pasukan Kedah sebelum ini.

Pemain skuad kebangsaan Singapura yang kini beraksi dalam saingan Piala Suzuki AFF, Shakir Hamzah akan mengisi kuota pemain import Asean pasukan Kedah manakala pemain dari Iraq, Anmar Fares Abdul Jabar Al Mubaraki disahkan mengisi kuota pemain import Asia.

Shakir sebelum ini beraksi dengan kelab Home United dan pernah membawa kelabnya mara ke peringkat akhir Piala AFC zon Asean manakala Anmar mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Thailand dengan Kelab Army United.

Malah, KFA turut mengesahkan 3 pemain import dari Brazil dan Sepanyol akan memperkuatkan bahagian serangan dan pertahanan namun nama mereka masih tidak boleh didedahkan kerana masih terlibat dengan perlawanan kelab asal.

Hanya 10 pemain tempatan pada musim ini dikekalkan manakala 5 pemain import tidak dilanjutkan kontrak mereka. Dua lagi pemain masih dalam perbincangan kontrak dengan pihak pengurusan KFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN