Akhyar Rashid Heret Kes Ke FAM Selepas KFA Tolak ‘Transfer Request’ Ke JDT

Masa depan Akhyar Rashid dengan pasukan Kedah terus hangat diperkatakan. Sebelum ini tertiris di media sosial tentang satu perbualan WhatsApp yang menunjukkan tangkap layar perbualan abang Akhyar Rashid yang mendedahkan JDT menawarkan RM70,000 sebulan.

Namun hal itu dinafikan oleh Rafdi Rashid yang menyatakan perbualan itu telah diedit oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Selepas itu, pihak Kedah FA (KFA) meminta agar pihak Akhyar bersikap profesional jika ada menerima tawaran. Ini kerana pemain itu masih ada kontrak dengan KFA selepas setuju menandatangani kontrak lanjutan sehingga akhir musim 2019.

Akhyar menjadi tumpuan banyak pasukan di Malaysia dan juga di beberapa negara Asia lain selepas cemerlang bersama skuad muda dan juga senior Malaysia. Beliau kini masih dalam tugasan Piala AFF Suzuki 2018 bersama skuad Malaysia.

Foto: AFF Suzuki

Dalam sidang media rasmi KFA pada 22 November, pihak KFA mengesahkan Akhyar Rashid telah pun dilamar oleh JDT. Namun proses tersebut masih belum menemui kata putus.

Akhyar hantar permintaan pindah (transfer request)

KFA mengesahkan bahawa Akhyar Rashid telah menghantar ‘transfer request’ daripada mereka. Ini kerana pemain tersebut mahu menyertai pasukan JDT. Namun pihak KFA masih belum menerima sebarang hitam-putih daripada JDT berkenaan hal itu.

Dalam sidang media yang sama, KFA berkata:

“Akhyar Rashid telah pun dilamar oleh JDT. Tetapi proses masih belum habis lagi sebab kita masih ada perbincangan-perbincangan lebih khusus dengan pihak pemain. Sebelum apa-apa keputusan dimuktamadkan.”

“Akhyar [Rashid] punya rundingan sebenarnya telah dibawa ke FAM. Bukan daripada Pihak KFA [sebaliknya] beliau sendiri yang [mem]bawa hal ini ke FAM.”

FAM beri tempoh

KFA turut memberitahu pihak mereka kini hanya ada 10 hari sahaja lagi untuk menyelesaikan isu tersebut.

“Jadi kalau diikutkan kepada FAM punya kata putus, bermula daripada tarikh hari ini, kami ada 10 hari untuk menyelesaikan kes Akhyar. Dan mungkin FAM akan jadi orang tengah ataupun perantara untuk kami dan pasukan baru Akhyar untuk mendapatkan kata putus.”

Akhyar Rashid menjadi sandaran utama skuad bawah 19 tahun negara. FOTO: FAM

“Sebenarnya kita tidak menerima [sebarang] black and white [hitam putih], cuma pemain ada mohon minta dilepaskan. Sebenarnya dia [Akhyar] ada kontrak lagi dengan KFA – lagi setahun.”

“Namun secara rasminya daripada pihak yang nakkan Akhyar masih belum ada lagi [menghantar sebarang hitam putih].”

Akhyar Rashid adalah pemain yang boleh bermain di posisi penyerang sayap, penyerang kedua dan juga menjadi no.10. Beliau pemain yang telah bermain untuk banyak peringkat untuk pasukan kebangsaan.

Akhyar Rashid juga merupakan pemenang Penyerang Terbaik ABK18 yang lalu.

Anda boleh ikuti sidang media penuh KFA di sini:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN