Daniel Strurridge Didakwa Kerana Langgar Peraturan Pertaruhan Oleh FA

Penyerang Liverpool, Daniel Strurridge telah didakwa oleh Football Association (FA) kerana salah laku di dalam pertaruhan bola sepak. Kejadian pertaruhan tersebut dilaporkan mengambil tempat pada Januari lalu.

Dakwaan terhadap Sturridge adalah kerana  beliau menggunakan kapasiti dirinya sebagai pemain untuk meyalurkan maklumat berkaitan, yang tidak boleh diperolehi secara umum.

(Photo by Bob Thomas/Popperfoto/Getty Images).
Sangkal dakwaan

Jurucakap Liverpool mengesahkan penyerang berusia 29 tahun itu telah memberikan kerjasama sepenuhnya sepanjang proses siasatan dilakukan, sambil bekas pemain Chelsea itu menegaskan tindakan beliau itu tidak melibatkan proses pertaruhan secara terus.

Sturridge yang juga merupakan pemain antarabangsa England diberikan masa sehingga 18:00 GMT, 20 November (Selasa) untuk menjawab pertuduhan oleh FA itu.

Jurucakap Liverpool dalam kenyataan yang sama juga berkata: “Sebarang isu berkaitan melibatkan Sturridge, kelab akan membenarkan segala proses siasatan dilakukan terlebih dahulu sebelum memberikan sebarang komen.”

(Gambar : TheFA via Getty Image)

Sturridge tiba di Anfield pada 2013 selepas meninggalkan Chelsea, dan pernah dipinjamkan ke West Brom pada 2017, sebelum kembali menyertai skuad kendalian Jurgen Klopp pada 29 Januari lalu.

Kali terakhir Daniel Sturridge menyarung jersi skuad The Three Lions ialah pada Oktober 2017, dalam perlawanan menentag Lithuania. Sehingga kini, beliau telah tampil sebanyak 26 kali untuk England.

Peraturan pertaruhan FA

Menurut kenyataan dari FA, dakwaan terhadap Daniel Sturridge secara spesifik termaktub di bawah dua peraturan badan bola sepak itu iaitu Peraturan E8(1)(a)(ii) dan juga Peraturan E8(1)(b), yang menyatakan:

      • Peraturan E8(1)(a): Seseorang pemain tidak dibenarkan bertaruh, sama ada secara langsung atau tidak langsung, atau mengarahkan, membenarkan pihak ketiga melakukan pertaruhan melibatkan- (i) keputusan perlawanan, perjalanan perlawanan, sebarang tingkah laku atau aspek lain, secara melalui apa kejadian dan saluran yang mempunyai kaitan dengan sesuatu perlawanan bola sepak dan pertandingan; atau (ii) apa-apa perkara lain yang mempunyai kepentingan atau berkaitan dengan bola sepak di seluruh pelusuk dunia, termasuk sebagai contoh, perpindahan pemain, perlantikan pengurus, pemilihan pemain kesebelasan utama dan tindakan disiplin di dalam pasukan.
      • Peraturan E8(1)(b): Seseorang pemain telah menyalurkan kepada pihak lain sebarang maklumat berkaitan bola sepak, yang diperolehi pemain itu atas kapasiti beliau di dalam bola sepak, dan maklumat tersebut tidak boleh diperolehi secara umum pada ketika itu. Pemain dianggap melanggar peraturan ini sekiranya informasi sedemikian telah digunakan oleh pihak lain untuk sebarang tujuan yang menjurus kepada pertaruhan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN