Samir Nasri Jalani Ujian Medikal Di West Ham United Untuk Meterai Kontrak £80,000 Seminggu

Samir Nasri dilaporkan bakal menjalani ujian medikal di West Ham United bagi melengkapkan perpindahan ke kelab London itu.

Laporan oleh BBC menyatakan; Manuel Pellegrini mahukan Samir Nasri dalam kontrak jangka pendek di West Ham United.

Samir Nasri kini tiada kelab. Beliau digantung daripada bola sepak selama 18 bulan kerana kesalahan doping. Antalyaspor telah menamatkan kontrak Nasri sebaik sahaja hukuman itu dijatuhkan.

Nasri menyatakan unsur terlarang itu wujud dalam badannya tanpa beliau sedari. Dipercayai daripada air yang beliau minum ketika bercuti di Los Angeles pada Disember 2016.

Penggantungan beliau akan berakhir pada Disember ini. Nasri pernah bermain untuk 2 kelab EPL iaitu Arsenal dan Man. City.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Beliau sudah dibenarkan untuk terlibat dalam aktiviti bola sepak pada November 2018 termasuk berlatih bersama dengan kelab profesional.

Ketika di bawah kendalian Pellegrini – Samir Nasri kembali beraksi di kemuncak seperti mana ketika musim terakhir beliau bersama dengan Arsenal.

Beliau bermain 91 perlawanan ketika itu – dengan 16 gol dan 22 bantuan gol dicipta. Beliau juga berjaya membantu Man. City menjulang EPL dan 2 Piala Liga. Kesemua itu dikecapi ketika beliau bermain di bawah kendalian Manuel Pellegrini.

Paling menarik pada 2014, Nasri menjaringkan salah satu daripada 2 gol Man. City ke atas West Ham untuk memastikan kejuaraan EPL milik City.

Hubungan Samir Nasri dan Manuel Pellegrini agak rapat. Dan itu antara sebab kenapa pengendali West Ham itu yakin akan mampu mendapatkan Samir Nasri meskipun ada persaingan daripada banyak kelab lain termasuk Everton dan beberapa kelab di Amerika Syarikat.

Beberapa kelab dilaporkan terpaksa menarik diri kerana wakil / ejen kepada Samir Nasri meletakkan permintaan gaji £80,000 seminggu. Pellegrini dikatakan berjaya meyakinkan Presiden Kelab untuk mendapatkan Nasri bagi menggantikan Andriy Yarmolenko yang disahkan akan berehat sepanjang baki musim ini kerana kecederaan.

West Ham United dilanda krisis kecederaan yang teruk. Jack Wilshere masih lagi tidak cergas kerana masalah di pegelangan kakinya. Namun bekas pemain Arsenal itu dijangkan akan kembali ke dalam kem latihan West Ham.

Andy Carroll dijangka akan kembali dalam masa terdekat ini selepas pembedahan buku lali beliau beberapa bulan lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN