Tindakan Pertama Ahmad Bashah Pikat Hati Penyokong Kedah: Tarik D’Herbs Jadi Penaja

Penyokong pasukan bola sepak Kedah bakal menerima berita gembira pada minggu ini jika rundingan Presiden KFA yang baru, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama D’Herbs berjaya, menurut laporan Berita Harian.

Menurut Ahmad Bashah, tanda tanya sama ada tajaan D’Herbs di Kedah bakal direalisasikan atau tidak bakal terjawab minggu ini.

Sebelum ini, Selangor dan Terengganu pernah dikaitkan dengan tajaan D’Herbs. Tetapi tiada persetujuan tajaan yang dicapai.

Ahmad Bashah juga memberitahu kerja-kerja rundingan bersama D’Herbs sudah ‘lengkap 99% dan hanya menunggu masa untuk dimuktamadkan’.

Jumlah tajaan bagaimanapun tidak dilaporkan.

Jika rundingan ini menjadi, D’Herbs bakal menjadi syarikat kecantikan kedua yang menaja pasukan Liga Super selepas Vida Beauty Sdn Bhd yang menaja Kelantan pada awal musim.

Sebelum ini, akhbar-akhbar tempatan juga melaporkan ada dua lagi syarikat kecantikan yang berminat untuk menaja pasukan bola sepak tempatan.

Nouvelles Visages (NV) dilaporkan pada Januari 2016 yang lepas, sedang melihat peluang tajaan dengan Selangor atau JDT.

Syarikat Megah Perawan Sdn Bhd pula mempertimbangkan untuk menaja pasukan Liga Perdana, PKNS FC.

Bagaimanapun setelah 2 bulan berlalu, belum ada apa-apa berita persetujuan tajaan yang dicapai melibatkan kedua-dua syarikat kecantikan ini.

Bakal lembutkan hati penyokong Kedah?

Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai reaksi negatif yang diberikan oleh penyokong Kedah di fanpage rasmi Kedah FA semasa sidang media perlantikan Ahmad Bashah sebagai Presiden KFA.

Kami kurang pasti jika berita penajaan D’Herbs di Kedah ini bakal melembutkan hati penyokong Kedah yang rata-ratanya memprotes cara perlantikan Ahmad Bashah sebagai Presiden KFA yang baru.

Langkah pertama Ahmad Bashah untuk meredakan kemarahan penyokong Kedah adalah dengan melakukan perjumpaan dengan wakil kelab penyokong dan pasukan di Seri Mentaloon semalam.

Menurut laporan Berita Harian, antara kelab penyokong dan pasukan yang hadir adalah:

  • Kelab Penyokong Darul Aman (KEPDA),
  • Penyokong Setia Hijau Kuning (PSHK),
  • Hijau Kuning Fans Club Kedah (HKFC),
  • Jaguh Utara Fans Club (JUFC),
  • Arena Hijau Kuning (AHK),
  • The Red Eagle (TRE),
  • Peminat Bola Sepak Kedah (PBK)
  • Red Eagle Crew (REC),
  • Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA)
  • Persatuan Bola Sepak Daerah Padang Terap (PBDPT).

Satu lagi kumpulan penyokong Kedah yang berpengaruh, Ultras Kedah 2009 bagaimanapun menolak jemputan perjumpaan dengan Ahmad Bashah, jika merujuk kepada kenyataan media di fanpage mereka.

Kenyataan Media Ultras Kedah 2009.Kenyataan Media.Bismillah. Assalamualaikum wbt.KENYATAAN RASMI UNTUK PRESIDEN BARU KFA1. Umum mengetahui Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kini telah memiliki Tuan Presiden yang baru, setelah pentadbiran negeri bertukar ganti dengan satu cara yang tidak direstui oleh majoriti rakyat.2. Mahu atau tidak, kami ‘terpaksa untuk menerima walau hakikat cara itu ternyata jelas tidak disenangi oleh rakyat Kedah.3. Ini telah dibuktikan, apabila sambutan pertama yang diterima oleh Tuan Presiden ketika masih belum dalam lantikan rasmi, hadir untuk menyaksikan perlawanan di Stadium baru-baru ini, berakhir dengan sambutan yang telah memalukan beliau sendiri.4. Kami ingin memaklumkan, ketika itu di Stadium, bukan hanya kami yang ada, malah seluruh penyokong yang berbagai fahaman politik bersatu memenuhi stadium pada malam itu memberikan ‘cara layanan’ itu sebagai isyarat jelas, yang rakyat Kedah amat marah dengan CARA peralihan kuasa di negeri Kedah kita yang tercinta.5. Kami tidak berniat dan berminat untuk berpolitik, namun hakikat sistem kita di Malaysia terpaksa kita turutkan. Kami juga sebenarnya tidak punya masalah untuk menerima siapa saja yang menjadi MB & Tuan Presiden, asalkan mengikut CARA yang betul.6. Ekoran dari peristiwa memalukan itu, & setelah lantikan rasmi beliau selaku Tuan Presiden KFA yang sah, kami menerima panggilan dari pihak wakil Tuan Presiden yang baru agar dapat untuk berjumpa bersama kelab penyokong lain, bagi mencari jalan terbaik dalam berkerjasama demi bolasepak Kedah.7. Kami menghargai usaha itu, namun, kami MENOLAK sebarang perjumpaan buat masa ini.8. Ini bukan bermakna, kami telah dibayar atau diarahkan oleh pihak-pihak tertentu, namun pendirian ini adalah jelas dari kami sendiri & seperti yang telah penyokong zahirkan pada ‘sambutan pertama yang lalu.9. Ada yang menyatakan kami pro kepada mantan Tuan Presiden terdahulu. Ya, itu memang benar & bukan pada era beliau saja, malah pada era mantan mb terdahulu seperti, Tuan Presiden Arwah Ustaz Azizan juga kami sokong, sehingga bolasepak terbiar, kami bangkit untuk protes. Era Mb Mukhriz hadir pula untuk membawa sinar baru, kami mulai sokong. Prinsip mudah yang benar kita sokong, yang salah kita tentang.10. Era mantan MB Mukhriz juga, kami juga bebas menyuarakan pandangan serta keras menolak apa yang tidak betul dalam pengurusan beliau.11. PRINSIP MUDAH KAMI ADALAH YANG BENAR DISOKONG YANG SALAH DISANGGAH.12. Cohtoh paling ketara adalah perjuangan kami dan seluruh penyokong dalam menentang kewujudan logo baharu persatuan yang mengambil mudah dengan hanya menggunakan teknik carian ‘google copy and paste’. Bantahan itu sehingga ke hari ini masih kami perjuangkan. Dan andai Tuan Presiden kini boleh kembalikan, kami berterima kasih.13. Jelas disitu, walaupun kami menolak transformasi pada logo itu, namun secara profesional kami terus menyokong pasukan, kerana selebihnya apa yang telah dilakukan oleh Mantan Tuan Presiden KFA adalah yang terbaik pernah kami perolehi sejak era zaman double treble Kedah.14. Maksud yang terbaik pernah kami perolehi, adalah KEJAYAAN dan kelancaran pasukan Kedah semata-mata.15. Penyokong seperti kami dan lain-lain, sebenarnya tidak mahukan apa-apa seperti wang ringgit atau kepentingan lain. Tidak semua kita boleh dibeli. Apa yang kami mahukan adalah lebih kepada kejayaan pasukan yang kami sayangi.16. Kami juga tidak berhajat untuk menerima apa-apa keistimewaan dari pihak KFA kini, namun ingin membuat beberapa tuntutan hanya demi memastikan kebaikan untuk bolasepak Kedah amnya, antaranya,17. Terus mengekalkan struktur barisan pentadbiran & pengurusan yang ada kini dari peringkat akar umbi seperti peringkat belia, Skuad Presiden & pastinya Skuad Liga Super kini terus menjalankan tugas mereka seperti sediakala.18. Ini demi memastikan perancangan yang telah mereka lakukan terus melonjakkan lagi kejayaan untuk bolasepak Kedah, dengan ianya telahpun TERBUKTI dengan kejayaan pasukan musim lalu.19. Ini juga bagi memastikan pemain-pemain utama negeri ini terus berkeyakinan dalam menabur bakti untuk bermain dengan sepenuh hati demi negeri Kedah.20. Kami juga mendapat maklumat, andai berlaku perubahan dalam kepimpinan kini, beberapa tonggak utama pasukan seperti pemain tempatan & tonggak import bakal ‘angkat kaki’ untuk berhijrah ke pasukan lain.21. Jika ini semua terjadi, pastinya ia akan menambah masalah kepada pasukan, dan mendorong prestasi pasukan akan menjadi merudum.22. Jika berlaku, kami yakin bukan kami saja, seluruh penyokong Kedah akan terus bangkit menyuarakan kemarahan yang membara dan akan memberikan tekanan yang hebat lagi buat Tuan Presiden KFA yang baharu.23. Ini pastinya bakal menambahkan lagi beban & tekanan kepada Tuan Presiden, setelah kemarahan peralihan tampuk kepimpinan negeri masih belum reda.24. Jadi, kami menggesa dan memberi peringatan yang jelas agar jangan sesekali cuba merombak struktur yang telah tersedia kini atau bakal mencipta permasalahan yang baru dengan sebahagian besar kelab penyokong bolasepak di negeri Kedah ini.25. Ingat, bolasepak inilah satu-satunya hiburan untuk rakyat Kedah.26. Tuntutan lain ialah, terus menjaga kebajikan pemain dan lain-lain dalam memastikan asas itu mampu terus menjana kejayaan untuk pasukan.27. Mengembalikan logo lama KFA terdahulu untuk kempen musim baru 2017.28. Mencari penaja-penaja yang terbaik untuk terus menjana kelancaran menguruskan pasukan.29. Mencegah tangan-tangan ghaib dalam mencampuri urusan bolasepak negeri dalam memastikan keharmonian yang telah dijalankan oleh mantan Tuan Presiden terdahulu terus ada kesinambungan yang baik.30. Ingat buat pihak yang punya impian & agenda lain, bolasepak inilah satu-satunya hiburan untuk rakyat Kedah. Jadi jangan cuba untuk mempolitikkan hiburan kami ini dan jangan cuba untuk bermain dengan api.31. Akhirnya pesanan mudah kami, seperti tinta Bapa Pembagunanan Bolasepak Kedah, Arwah Dato Paduka Haji Ahmad Basri Akil, Berjuanglah Sejiwa Murni, Tekun Berani Sesungguh Hati, Demi Sukan Mengharum Negeri!#BerjuanglahSejiwaMurni#TekunBeraniSesungguhHati#SaveBolasepakKedah#KedahSerataRata●ULTRAS KEDAH 2009 OFFICIAL●Selasa / 29 Mac 2016 / 20 Jamadilakhir 1437H

Posted by Ultras Kedah 2009 – UK09 on Tuesday, March 29, 2016

Bagaimanapun Ahmad Bashah tetap meminta penyokong Kedah yang berbeza pendapat dengannya untuk terus memberi sokongan kepada pasukan.

Baca juga: 700 Komen Negatif Dalam Masa 30 Minit, Perlantikan Presiden Baru KFA Diprotes Penyokong Kedah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN