Penyokong Chelsea Buat Laman Web ‘Has Alexandre Pato Played For Chelsea Yet?’

Adakah Alexandre Pato sudah bermain untuk Chelsea atau belum?

Jika anda rasa ragu-ragu, anda boleh merujuk sebuah laman web khas yang dibangunkan untuk menjawab soalan tersebut. Anda boleh melawat laman web tersebut di hasalexandrepatoplayedforchelsea.com.

Penyerang Brazil tersebut menyertai The Blues dari Corinthians ketika jendela perpindahan Januari sehingga akhir musim 2015/2016.

Tetapi disebalik publisiti yang diberikan oleh media dan harapan oleh penyokong Chelsea, bekas penyerang AC Milan ini masih belum bermain walau 1 minit untuk Chelsea.

Bulan lepas pengurus interim Chelsea, Guus Hiddink mengesahkan penyerang berusia 26 tahun itu telah disahkan cergas dan bersedia untuk beraksi selepas diuji dalam latihan pasukan.

Bagaimanapun sejak kenyataan Hiddink tersebut, Chelsea sudah bermain 5 perlawanan. Manakala Pato masih belum dapat bermain walau 1 minit sekali pun.

5 perlawanan itu termasuklah 2 perlawanan di mana penyerang no.1 Chelsea, Diego Costa terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan dan digantung 1 perlawanan. Sebaliknya, Bertrand Traore dan Loic Remy dipilih berbanding Pato.

Untuk merekodkan jumlah saat, minit, jam dan hari yang terpaksa ditunggu oleh Pato untuk membuat debut dengan Chelsea, laman web hasalexandrepatoplayedforchelsea.com ini dibangunkan oleh penyokong Chelsea untuk tujuan ‘murni’ tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, Pato masih belum bermain untuk Chelsea dan sudah menunggu 61 hari, 2 jam, 47 minit dan 16 saat untuk membuat debut dengan Chelsea.

pato chelsea

Laman web ini mungkin dibangunkan untuk tujuan trolling, tetapi ia juga berfungsi sebagai peringatan kepada keputusan buruk Chelsea untuk membawa masuk Pato.

Mujurlah Pato hanya dibawa atas kontrak pinjaman.

Baca juga: Bagaimana Pato Berubah Dari Pemecah Rekod Pele Kepada Badi Sialan Corinthians?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN