Piala AFF 2018: Kemboja Terpaksa Hadapi Malaysia Tanpa Bimbingan Keisuke Honda

Tugas berat sedang menanti skuad kebangsaan Kemboja apabila mereka bakal melayan kunjungan skuad Harimau Malaya untuk aksi pertama Kumpulan A Piala Suzuki AFF malam ini tanpa khidmat ketua jurulatih, Keisuke Honda.

Namun begitu, ketiadaan bekas bintang AC Milan itu tidak menjejaskan moral pemain itu untuk melakar kejutan ke atas skuad kendalian Tan Cheng Hoe di Stadium Olimpik Phnom Penh.

Menurut pembantu jurulatih Kemboja, Felix Gonzalez, Honda ketika ini masih mempunyai komitmen dengan kelab Liga Australia, Melbourne Victory tetapi tetap membantu pasukan melalui komunikasi video rakaman untuk persediaan menghadapi perlawanan itu.

“Beliau (Honda) tidak akan bersama pasukan pada perlawanan pertama ini, memang Keisuke Honda penting kepada pasukan, tapi beliau masih membantu dan kami saling berhubung. Beliau tahu apa yang berlaku dalam pasukan.

“Memang agak berbeza tanpanya kali ini tapi saya tak fikir ia akan menjejaskan kami,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Felix Gonzalez memberi arahan kepada bekas pemain Pahang, Chan Vathanaka pada sesi latihan semalam. FOTO: Cambodia FA

Mengulas mengenai pertemuan menentang Malaysia pada pukul 7.30 malam ini, Gonzalez berharap pengalaman beberapa pemain Kemboja ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia dapat membantu pasukan itu memberi saingan sengit kepada lawan.

4 pemain daripada skuad kebangsaan Kemboja beraksi dalam saingan Liga Super musim ini iaitu pemain import Terengganu FC, Thierry Chantha Bin serta Chan Vathanaka (Pahang), Prak Mony Udom (Negeri Sembilan dan Keo Sokhpeng (PKNP FC).

“Kami mengadakan latihan yang rapi dan kami tidak sabar untuk beraksi di laman sendiri, kami berharap semua penyokong akan hadir memberikan sokongan.

“Kami memiliki beberapa pemain yang bermain di Malaysia, iaitu liga tahap tinggi, saya tidak tahu sama ada ia akan beri kelebihan kepada pasukan atau tidak, cuma saya berharap mereka dapat membantu pasukan,” katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan terakhir, Malaysia berjaya menewaskan mereka ketika aksi persahabatan antarabangsa bulan September lepas dengan jaringan 3-1. Kemboja juga masih gagal mencatat kemenangan dalam dua lagi aksi persahabatan apabila seri 2-2 dengan Timor Leste dan kalah 1-2 di tangan Singapura Oktober lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN