Syazwan Zainon Sertai Selangor, FAS Gembira Dapat Tandatangani Pemain Sayap Berprofil Tinggi

Pemain sayap pasukan kebangsaan, Syazwan Zainon sertai Selangor untuk musim 2018. Pengumuman rasmi itu dibuat menerusi siaran oleh media Selangor FA pada 7 November 2018 dengan tanda pagar – #SyazwanZainonIsRed.

Masa depan Syazwan Zainon dan Kedah akhirnya terjawab selepas beberapa spekulasi tentang masa hadapan beliau.

Sejarah karier

Pada awal karier beliau – Syazwan Zainon merupakan graduan daripada Sekolah Sukan Bukit Jalil yang kemudiannya menyertai pasukan Belia Perlis. Selepas menunjukkan aksi cemerlang – beliau dipanggil mewakili Harimau Muda.

Dan pada tahun 2010, Syazwan Zainon melengkapkan perpindahan ke Felda United – diikuti perpingdanan ke Johor FC (JDT pada hari ini) – pada tahun 2012. Tahun berikutnya beliau kembali semula ke Felda United. Ketika di Felda United – beliau dipinjamkan ke pasukan Kedah.

Pengurusan Kedah menandatangani Syazwan Zainon secara tetap pada 2014. Syazwan Zainon antara pemain yang disayangi oleh penyokong Kedah kerana hubungan beliau dengan peminat serta komitmen di atas padang.

Kejayaan bersama Kedah

Beliau dibangunkan menjadi pemain sayap yang berkualiti oleh Lang Merah. Nama beliau semakin meningkat naik terutama sekali ketika beliau menjadi tonggak dalam pasukan revolusi Tan Cheng Hoe.

Ketika bersama Kedah – Syazwan Zainon membantu pasukan itu menjuarai promosi ke Liga Super dengan kejuaraan Liga Premier pada 2015.

Pemain kelahiran Perlis itu juga turut berjaya membantu Kedah menjuarai Piala Malaysia pada 2017 – musim yang sama beliau dan Kedah memenangi Piala Sumbangsih. Beliau bermain lebih 80 perlawanan untuk pasukan Kedah dengan rekod 9 gol sepanjang tempoh itu.

Syazwan Zainon sertai Selangor

FA Selangor dalam kenyataan media mereka menyatakan: “Suka citanya diumumkan bahawa Syazwan Zainon pemain Selangor untuk musim 2019. Syazwan telah melengkapkan perpindahan dari Kedah FA dengan menandatangani kontrak untuk bersama Selangor.”

FAS menganggap Syazwan Zainon sebagai pemain sayap berprofil tinggi di dalam kancah bola sepak Malaysia. Beliau merupakan pemain sayap pasukan kebangsaan yang menjadi pemain utama ketika kempen Piala AFF 2016. Beliau juga antara pemain yang cemerlang dalam kejohanan tersebut.

Beliau sekali lagi akan bersama skuad Harimau Malaya dalam kempen Piala AFF 2018 di Phnom Penh.

Pengurus pasukan Selangor FA, Datuk Abdul Rauf Bin Ahmad, mengalu-alukan kehadiran Syazwan Zainon. Beliau berkata: “Kehadiran Syazwan Zainon adalah bukti komitmen persatuan untuk menguatkan barisan skuad Red Giants bagi musim hadapan – kerana kebolehan beliau untuk menggunakan kedua-dua belah kaki – selain mempunyai kualiti serangan dan pertahanan yang baik.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN