Bekas pengurus pasukan Chelsea – dan juga pasukan Itali – Antonio Conte dikatakan tidak berminat untuk menjadi pengurus pasukan Real Madrid.
Antonio Conte kini tidak menguruskan mana-mana pasukan selepas dipecat oleh Chelsea pada pramusim yang lalu.
Laporan di Itali menyatakan Antonio Conte kini masih berusaha untuk mendapatkan pampasan yang sepatutnya daripada pasukan Chelsea – selepas kontraknya ditamatkan.
Sky Sport melaporkan yang Antonio Conte ada klausa khas – beliau dilarang untuk menguruskan mana-mana pasukan EPL. Namun begitu Antonio Conte bebas untuk menguruskan pasukan di luar England.
Jika Conte menolak tawaran daripada Real Madrid dan kekal tidak menguruskan mana-mana pasukan musim ini, beliau akan mendapat bayaran tambahan sehingga £7 juta lagi.
Antonio conte – yang pernah membantu Chelsea menjuarai EPL -menjadi nama yang dikaitkan dengan Real Madrid sejak beberapa minggu lalu.
Selepas kekalahan 5-1 di tangan Barcelona pada el clasico, Real Madrid telah memecat pengurus mereka Julen Lopetegui.
Real Madrid ketika ini diuruskan sementara oleh pengurus pasukan Real Madrid B – Santiago Solari.
Antonio Conte tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke dalam dunia pengurusan. Namun beliau menyatakan buat masa ini beliau ingin berehat terlebih dahulu. Beliau hanya akan kembali mengurus pasukan pada musim hadapan.
Selain itu, Sky Sports juga menyatakan yang Antonio Conte merasakan tugasan untuk menguruskan Real Madrid tidak begitu sesuai dengan cara pengurusan beliau.
Hal ini kerana Antonio Conte berpendapat corak pengurusan beliau tidak sesuai dengan projek yang sedang dirancang di Real Madrid ketika ini.