Julen Lopetegui dipecat Real Madrid berikutan prestasi hambar pasukan tersebut di bawah kendaliannya. Kemuncak kepada masalah itu apabila Real Madrid dimalukan Barcelona 5-1 dalam el-clasico pada Ahad lalu.
Sebelum ini, Florentino Perez dilaporkan memberikan masa seminggu untuk beliau memperbaiki aksi pasukan dan el clasico adalah perlawanan yang sangat penting menentukan nasib beliau.
Kekalahan dalam el clasico merupakan kekalahan ke-5 Real Madrid dalam 6 perlawanan. Lopetegui menggantikan Zinedine Zidane yang memberikan 3 kejuaraan UCL kepada Real Madrid. Beliau dilantik pada pra musim lalu dengan cara sangat kontroversi.
Beliau menerima jawatan di Real Madrid tanpa pengetahuan RFEF. Ketika itu beliau sedang menguruskan pasukan kebangsaan. Pada sidang media pertama dengan Real Madrid sebaik sahaja dipecat oleh pasukan kebangsaan Sepanyol beliau berkata:
“Semalam hari paling sedih saya, tetapi hari ini hari paling gembira dalam hidup saya.”‘
Di bawah kendalian Lopetegui Sepanyol sangat cemerlang pada pusingan kelayakan Piala Dunia. Namun beliau terpaksa dipecat kerana tindakan tidak profesional.
pemecatan itu dibuat hanya beberapa hari sebelum sepak mula pasukan Sepanyol dalam kempen Piala Dunia. ramai penyokong Sepanyol kecewa dengan perkara itu.
Pihak RFEF juga menyatakan Lopetegui sebenarnya sudah menandatangani kontrak lanjutan dengan pasukan kebangsaan Sepanyol.
Lopetegui akan digantikan seketika oleh Santiago Solari yang merupakan jurulatih Ream Madrid B. Nasib beliau diputuskan selepas mesyuarat pengurusan tertinggi pada Isnin lalu.
Beberapa pemain mendakwa terkejut kerana Lopetegui masih hadir ke sesi latihan walaupun sebelum itu sudah mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.
Lopetegui dipecat kerana didapati gagal meyakinkan Real Madrid beliau orang yang mampu membawa pasukan itu.
Ini kerana beliau menguruskan pasukan yang ada 8 pemain dalam senarai 30 senari pendek untuk Ballon d’Or 2018. Seorang pemain yang merupakan pemenang Anugerah FIFA Best dan juga Pemain Terbaik Piala Dunia 2018, Luka Modric.
Real Madrid hanya mengumpul 14 mata daripada 30 yang ditawarkan setakat ini. Hanya mengutip 1 mata dalam 5 perlawanan terakhir merupakan pencapaian terburuk sejak 2008//09 di mana mereka gagal mengutip sebarang mata untuk 5 perlawanan berturut-turut di bawah Juande Ramos.
Bekas pengendali Chelsea, Antonio Conte dilaporkan menjadi calon pilihan untuk menggantikan Lopetegui.