Penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel merupakan orang yang pertama bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas mendapat tahu mengenai tragedi yang menimpa helikopter pemilik kelab itu, Vichai Srivaddhanaprabha di luar Stadium King Power.
Seorang saksi memberitahu saluran berita BBC, pemain Denmark itu terkejut, terdiam serta menangis sebaik sahaja tiba di lokasi kemalangan ketika cuba mendekati helikopter yang jatuh di atas deretan kereta.
Kasper Schmeichel bottom right at the end of this clip.
Reportedly one of the first on the scene. Clearly devastated. https://t.co/API0UXAqDr
— Emma Priestley 🐝 (@LiMissP) October 28, 2018
BBC turut melaporkan, hartawan Thailand itu berada di atas helikopter tersebut ketika ia terhempas.
Anak perempuannya, Voramas Raksriaksorn bersama dua juruterbang dan seorang lagi individu tidak dikenali juga dikatakan berada dalam helikopter malang itu.
Mereka meninggalkan stadium selepas menonton aksi Liga Perdana Inggeris menentang West Ham yang berkesudahan seri 1-1.
@LCFC owner Mr Srivaddhanapraba a Thai businessman, feared dead after being involved in a horrendous helicopter crash at the King Power stadium car parking. One witness said he saw goalkeeper Kasper Schmeichel run out first to the scene. 🙏🏿🙏🏿🙏🏿 pic.twitter.com/FCQiFJpAlv
— yakub ibrahim (@Yakub_kubs) October 28, 2018
Seorang saksi memberitahu Sky News, “Saya melihat Kasper berlari, sebelum ditenangkan oleh anggota keselamatan dan steward stadium.
“Saya berdiri di luar stadium ketika kejadian berlaku tetapi helikopter itu jatuh di bahagian lain. Harap semuanya selamat”.
Schmeichel yang menyarung jersi Leicester sejak 2011 menyertai orang ramai yang berkumpul di luar stadium untuk mendapatkan perkembangan, dan tidak berganjak meskipun selepas beberapa jam perlawanan berakhir.
Bagaimanapun, tiada wakil kelab mahupun syarikat milik Vichai, King Power International mengesahkan mengenai identiti mangsa terkorban.
Schmeichel meluahkan di laman twitternya melahirkan rasa tidak percaya dengan apa yang menimpa pemilik kelab kesayangan mereka itu.
“Saya benar-benar sedih dan tidak dapat mempercayai apa yang saya lihat bila tiba di tempat kejadian. Ianya sukar untuk diluahkan dalam bentuk kata-kata kerana beliau sangat disayangi oleh penyokong dan penduduk bandar Leicester,” katanya.
— Kasper Schmeichel (@kschmeichel1) October 28, 2018
Sumber dalaman Leicester hanya memberitahu Sky News bahawa anak lelaki Vichai yang juga naib pengerusi kelab, Aiyawatt tiada dalam helikopter itu.