KAFA Lantik Datuk Takiyuddin Hassan Sebagai Naib Presiden Baharu Mereka

Kini, individu baharu sudah dibawa masuk untuk membawa bola sepak Kelantan lebih ke depan.

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) telah mengambil keputusan untuk melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai naib presiden mereka yang baharu.

Menurut laman Berita Harian, lantikan yang diberikan kepada Takiyuddin itu adalah berkuatkuasa serta merta.

Lantikan yang dilakukan terhadap ahli parlimen Kota Bharu ini adalah bagi menggantikan 2 Naib Presiden KAFA yang sebelum ini telah meletakkan jawatan.

Mereka adalah Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali dan juga Datuk Nik Izani Nik Ibrahim.

Gambar: Utusan Malaysia

Keputusan untuk melantik Takiyuddin itu dihasilkan menerusi persetujuan yang berjaya dicapai ketika Mesyuarat Jawatankuasa KAFA yang diadakan baru-baru ini.

Kehadiran Takiyuddin ke KAFA jelas disambut dengan tangan terbuka oleh persatuan tersebut untuk melihat beliau memberikan kepakaran kepada bola sepak negeri itu.

“Diharap dengan kehadiran Datuk Takiyuddin Hassan ke KAFA dapat membantu untuk menguatkan semula pasukan Kelantan.”

“Beliau jelas mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam bidang bola sepak ini.”

Takiyuddin sebelum ini pernah menjawat jawatan di Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai naib presiden.

Namun beliau tewas dalam pemilihan untuk jawatan tersebut pada Kongres FAM kali ke-53 yang diadakan pada 2017.

Selepas itu, beliau tidak lagi menjawat sebarang jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.

Diharap dengan kehadiran beliau ke KAFA akan memberikan perubahan positif kepada pasukan. Semoga berjaya, Datuk Takiyuddin!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN