Piala Malaysia 2018: Mehmet Durakovic Mahu Pemainnya Waspada Ancaman Sabah

Mehmet Durakovic

Walaupun membawa bekalan gol yang cukup selesa iaitu 5 gol namun begitu, pengendali skuad The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic tetap mahu anak buahnya berwaspada terhadap ancaman Sabah apabila bertandang ke Stadium Likas untuk aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia malam ini.

Beliau memberi amaran kepada anak buahnya agar tidak menghiraukan sebarang bentuk provokasi dan suasana luar padang sebaliknya memberi tumpuan sepenuh pada perlawanan.

“Pasti akan ada gangguan tetapi jangan pedulikan apa berlaku di luar padang. Sebaliknya pastikan Perak berjaya ke akhir kali ini.

“Sabah akan berusaha untuk menebus maruah yang tercalar di Ipoh. Namun saya yakin pemain Perak juga ingin buktikan bahawa mereka menang bukan kerana nasib,” katanya dalam Berita Harian.

Perak

Beliau turut mengesahkan beberapa pemain Perak mengalami kecederaan iaitu Nor Hakim Hassan, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Amirul Azhan Aznan, Kenny Pallraj serta Wunder Luiz.

“Beberapa pemain mengalami kecederaan. Jadi saya perlu tunggu hingga ke saat akhir untuk menentukan siapa akan diturunkan malam esok.

“Jika mampu ulangi persembahan seperti di Ipoh itu saya yakin kami boleh berjaya. Pemain perlu fokus pada perlawanan sehingga wisel penamat dibunyikan, ” katanya.

Mehmet Durakovic memberi arahan kepada pemainnya ketika sesi latihan di Sabah. FOTO: Perak TBG

Mehmet juga mahu pemainnya melupakan seketika kemenangan besar 5-0 di Ipoh pada 8 Oktober lalu dan menganggap perlawanan malam ini bermula dengan keputusan 0-0.

“Jangan sekali-kali pandang remeh kemampuan Sabah. Mereka pasukan yang bagus. Lupakan apa yang berlaku di Ipoh dua minggu lalu. Jika kami boleh menang besar di Ipoh kenapa mereka tidak boleh.

“Kali ini mereka bermain di gelanggang sendiri dan dengan sokongan padu penyokong, semua kelebihan berpihak kepada mereka.

“Perlawanan ini pastinya tidak mudah. Masih ada 90 minit untuk pemain Perak berjuang mempertahankan kedudukan ini. Kami perlu bermain dengan cemerlang seperti ketika aksi pertama jika ingin mara ke final. Jika beraksi di bawah tahap, kami mengundang padah,” tegasnya.

Jika berjaya menewaskan Sabah, Perak dijadualkan bertemu Terengganu FC pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada 27 Oktober ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN