Neil Warnock berkata: “Cardiff City calon tersingkir, jika kamu seorang yang berjudi, jangan pertaruhkan wang anda untuk kami kekal.”
Itulah kenyataan agak panas daripada Neil Warnock ketika sidang media. Beliau menganggap Cardiff City sebagai pasukan pilihan untuk tersingkir daripada EPL.
Cardiff City kini berada di tangga tercorot liga selepas 8 perlawanan. Ini selepas mereka hanya mencatatkan 2 seri dan 6 kekalahan. Cardiff hanya menjaringkan 5 gol setakat ini.
Pada hari ini, mereka akan menanti kunjungan Fulham. Cardiff City dalam misi untuk mencari kemenangan liga yang pertama mereka musim ini.
Ditanya tentang pandangan beliau berkenaan survival Cardiff City musim ini, Warnock berkata:
“Tak, jika saya bertaruh, saya tak akan meletakkan wang pertaruhan wang saya untuknya (pertaruhan Cardiff City kekal di EPL.”
Namun begitu, apa-apa boleh berlaku. Sebagai contoh, ramai yang tak meletakkan harapan ke atas Cardiff City untuk memenangi promosi pada musim lalu.
“Tetapi saya juga tak akan meletakkan wang pertaruhan saya untuk pertaruhan Cardiff City bakal memenangi promosi ke EPL.”
“Saya nak kamu simpan sahaja wang kamu itu dalam poket, jangan jadi bodoh.”
“Kami sedar siapa kami. Adakah kami, sama ada para pemain, pengurus ataupun sebuah kelab mahu kekal di EPL.”
“Kami diletakkan 1/4 oleh bookmakers sekarang. Jadi, mereka sudah membuang kami jauh. Kami perlukan keajaiban untuk kekal damal EPL.”
“Kami ada 3 daripada 4 perlawanan EPL adalah di halaman sendiri bulan ini. Ianya penting untuk kami mendapatkan mata dan kembali berada dalam kelompok (pasukan kekal).”
“Agak banyak pasukan yang bergelut pada musim ini.
Beliau mahukan anak-anak buahnya menggunakan kesempatan sebaik mungkin.
Kenyataan Neil Warnock ini jelas mengundang kritikan. Ramai yang menganggap kenyataan ini seolah-olah sengaja minta dipecat supaya dapat pampasan.
Sebagai seorang pengurus pastinya para penyokong mengharapkan kenyataan media yang lebih positif daripada Warnock.
Ada juga yang menjadikannya bahan dengan menyatakan yang Warnock terlalu jujur kali ini. Dan ada juga menyatakan yang Warnock menembak para bookmakers yang meletakkan Cardiff sebagai pasukan utama calon untuk tersingkir.